Tak Payah Beli Pretzel Dah, Confirm Uols Buat Sendiri Kalau Dah Tahu Cara

Pretzel merupakan antara makanan manis yang berasal dari negara Jerman selain dari waffle. Boleh juga dikategorikan sebagai makanan di bawah ‘golongan’ roti, pretzel dapat menambat hati sesiapa sahaja kerana rasanya yang lembut, enak dan mengenyangkan.

So untuk mommies yang memang love dengan pretzel ni, jom buat sendiri nak?

Servings Prep Time: 12 biji 80 minit

Cook Time: 10 minit

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan susu segar
  • 1½ sudu besar yis
  • 6 sudu besar gula perang
  • 4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
  • 4½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam halus
  • ⅓ cawan baking soda
  • 3 cawan air suam
  • ¼ cawan garam kasar
  • 8 sudu besar mentega (dicairkan)

Cara-cara: 

1.   Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)

2.   Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.

3.   Masukkan mentega dan gula. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.

4.  Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.

5.  Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.

6.   Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.

7.   Preheat oven ke 230ºC. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.

8.   Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper. Renjis dengan garam kasar.

9.   Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.

10.   Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.

Sedap dihidangkan dengan dipping sos: sos karamel, sos coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya.

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun