Selain dapat menyuburkan tanaman, menyejukkan badan dan menghilangkan bau hanyir, air beras juga dapat merawat pelbagai masalah kulit dan rambut.
Sebab cik ju selalu tengok orang tua ni mana ada beli apa-apa produk, dia cuma gunakan bahan alam untuk rawat kecantikan.
Jom kita tengok apa je yang bagus air beras ni untuk badan kita?
1. Toner Air Beras
Rendam kapas muka di dalam air beras, kemudian lap kulit secara perlahan-lahan. Ia membantu membuang kotoran dan sebum pada kulit. Hasilnya kulit jadi lembut dan segar, amalkan selalu petua ini.
2. Masker Wajah
Ia juga sangat bagus dijadikan masker wajah. Rendam tisu wajah di dalam air beras, biarkan lebih kurang 10 minit. Kemudian, angkat dan toskan seketika. Tempelkan pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Wajah akan segar dan beransur cerah.
3. Sebagai Pencuci
Simpan air cucian beras di dalam botol, gunakan setiap kali uols mencuci wajah. Khasiat yang terkandung di dalam beras akan membuatkan kulit wajah bercahaya. Amalkan dua kali sehari, kulit akan semakin sihat dan cantik.
4. Mengecilkan Pori-Pori
Bagi yang mempunyai masalah liang roma besar pada wajah, cuba petua ini. Celupkan kapas muka di dalam air ini, lekapkan pada wajah. Kemudian, tekan secara perlahan-lahan pada bahagian yang bermasalah. Lakukan sekurang-kurangnya tiga minggu sekali, pori-pori wajah akan semakin mengecil secara semula jadi.
5. Bantu Atasi Jerawat
Jerawat membuatkan kita runsing, ia menjejaskan penampilan wanita. Walaupun sudah berjumpa dengan pakar kulit dan menggunakan produk yang mahal namun jerawat tidak juga hilang.
Jangan bimbang lagi, amalkan petua ini. Gunakan air beras membersihkan wajah terutama di bahagian berjerawat. Ia merawat jerawat secara alami. Jerawat mengecut dan tidak meninggalkan parut.
6. Masker Rambut
Air beras juga boleh dijadikan masker rambut. Tuang air pada kulit kepala, biarkan selama 20 hingga 30 minit. Sebaik-baiknya, balut kepala dengan tuala. Kemudian bilas rambut dengan syampu serta gunakan pelembap. Rambut akan kelihatan bersinar dan lembut.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun