Antara masalah kulit yang sering merimaskan ialah blackhead dan whitehead. Macam pasir kan rasanya? So keadaan ni tentunya menimbulkan ketidakselesaan pada uols. 

Selain menggunakan produk perawatan wajah di pasaran, kita juga boleh menggunakan rejim kecantikan daripada bahan-bahan dapur.

Jom ikut perkongsian dari Farhah Beauty.

Bahan-Bahan:

  • Bedak bayi
  • Putih telur
  • Kapas muka

Katanya kena guna putih telur dengan bedak. 

Tak bau hamis telur pun sebab kita letak bedak bau wangi je. Dah siap bancuh terjunkan kapas kat dalam mangkuk bagi rata semua kapas basah lepastu tampal lah kat hidung tunggu kering sambil makan kopok layan cite korea.

Kalau boleh korang pakailah kapas yang nipis, kalau tebal kurang feel.

Bila dah betul-betul kering cabut. Fuhhh time nak cabut tu boleh tahan kuat dia macam pakai mask hitam peel off tu tapi ni lagi syok kuat lagi.

Pastikan betul-betul kering baru cabut tau. Nanti korang akan nampak segala mak nenek keluarga kepala hitam putih (black/whitehead) semua tertanggal syok gila.

Korang trylah mana tau dapat banyak hasil tangkapan nanti boleh lah buat nasi goreng cili api.

Selamat mencuba.

Sumber: Farhah Beauty

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun