Ekoran penularan wabak Covid-19 yang semakin serius, bekalan alat pencegah virus seperti topeng muka dan hand sanitizer semakin berkurangan. Ada banyak farmasi dah kehabisan stok dan kena pulak tunggu stok baru. Kak Jah pun ada berbaki sekeping dua je topeng muka, nak beli memang takde dah.

Sebab tu lah ada seorang wanita murni ni sanggup menjahit 200 keping topeng muka untuk diberikan kepada orang ramai. Alahaiii tersentuh hati Kak Jah bila baca.

Wanita itu ialah Haida Abdullah seorang suri rumah berasal dari Kampung Tanah Puteh, Gua Musang.

Kak Jah baca, dia telah menjahit lebih kurang 100 helai topeng muka. Dia mensasarkan dapat menjahit dalam jumlah 200 helai sebelum diagihkan kepada orang yang memerlukan.

Dia turut bersimpati dengan orang ramai yang inginkan topeng muka bagi mengelak penularan wabak Covid-19.. Niatnya adalah nak bagi secara percuma kepada orang ramai sebagai tanda keprihatinan terhadap orang ramai yang pernah tolong dia sebelum ni.

Rupa-rupanya, Haida merupakan individu yang kurang bernasib baik dan pernah hidup susah. Keadaan rumahnya yang usang sebelum ni pernah menjadi viral dan mendapat perhatian beberapa pihak. Haida berkata, ini salah satu usaha dia lah nak bagi balik kepada orang ramai.

Haih tersentuhnya hati Kak Jah bila baca cerita macam ni.

Yelah, orang susah pun sanggup tampil dan bagi bantuan kepada orang ramai dalam waktu kita semua dilanda krisis Covid-19 yang semakin meruncing ni.

Kita ni walaupun takde banyak, kalau kita kongsi dan bagi pada orang, memang takkan rugi.

Kak Jah berdoa agar Haida dimurahkan rezeki dan semoga Tuhan akan membalas semula segala kebaikan dia.