Jom kenali ayam tu disuntik atau tidak!

Ketika membeli barang basah untuk dijadikan lauk, pastinya kita akan mencari bahan-bahan yang elok. Kita akan tengok segar atau tidak, besar atau kecil lepas tu baru kita beli. Kan? 

Tetapi apa yang uols perlu tahu sebelum membeli seekor ayam, cuba tengok tengok bentuk ayam tersebut. Ini kerana ada sesetengah penjual ayam, mereka ada menggunakan bahan kimia ke dalam bahan mentah itu bagi melihatkan ayam itu kelihatan segar, baru dan besar. Pasti ini menarik perhatian orang ramai untuk membeli.

Melalui perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebooknya, mereka memberikan cara untuk mengenal ciri-ciri ayam yang disuntik.

Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’. Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini menyuntik cecair garam, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.

Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna. Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

5 tips kesan ayam disuntik

Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air

1. Air bergenang di sekitar apabila diletak

2. Kulit ayam kelihatan berkilat dan tidak kesat

3. Daging mengecut apabila dimasak

4. Air menitis demgan banyak apabila digantung atau diangkat

5. Keluar air dengan banyak apabila dimasak

Sumber: Public Health Malaysia

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun