Rasanya uols mesti mengalami masalah yang sama seperti lengan tangan menggeleber dek kerana gemuk air, tapi betulkah gemuk air boleh menyebabkan lengan jadi menggeleber.
Jika betul lengan jadi begitu gara-gara gemuk air, bagaimana cara untuk atasi masalah gemuk air ini? Ketahui semuanya dibawah.
Apa Itu Gemuk Air
Tanggapan lengan dan perut jadi menggeleber kerana gemuk air itu betul, masalah ini berlaku kerana hormon wanita lebih sensitif kepada kandungan air. Selain itu, lebihan kortisol juga menyebabkan air berkumpul di dalam sel di dalam badan seperti sel lemak.
Punca Gemuk Air Berlaku
Sebenarnya ramai wanita tak sedar apa sebenarnya punca gemuk air ini berlaku pada diri mereka, nak tahu apa punca gemuk?
- Faktor hormon
- Banyak makan makanan bergaram
- Terlalu banyak makan makanan berfiber atau serat
- Tekanan
- Melakukan senaman intensiti tinggi hingga menyebabkan tubuh jadi trauma
- Datang haid
- Ubat-ubatan
- Mengalami masalah sakit buah pinggang atau hati
Tangani Masalah Lengan Menggeleber
Ada beberapa cara uols boleh lakukan bagi menangani masalah lengan menggeleber dan sekaligus mengembalikan bentuk lengan asal.
- Berenang – aktiviti berenang seperti ini dapat membantu mengembalikan bentuk lengan dan sekaligus menguatkan otot lengan juga.
- Boxing – aktiviti yang memfokuskan pergerakan tangan dan lengan ini dapat menegangkan lengan dan juga dapat membakar lemak di bahagian lengan dengan berkesan.
- Menari/Senamrobik – bersenam sambil menari atau senamrobik ini bukan saja menyeronokkan tetapi ia juga berfungsi membakar lemak-lemak di dalam tubuh terutama di kawasan yang menggeleber.
- Jaga Pemakanan – pemakanan juga memainkan peranan penting, untuk mengatasi masalah lengan menggeleber banyakkan makan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kurangkan makan makanan tinggi garam.
- Kekal Hidrat – lebih 70 peratus kandungan dalam tubuh adalah air, oleh itu kawal pengambilan air minuman dan pastikan diri kekal hidrat.
- Bersenam – jadikan senaman sebagai rutin harian bagi memecahkan lemak-lemak dan juga mengeluarkan peluh agar kandungan air yang berlebihan dalam badan dapat keluar.
Bagi sesiapa yang mempunyai masalah lengan menggeleber kerana gemuk air, mungkin uols boleh cuba cara di atas bagi menegangkan semula lengan kamu.
Bukan saja lengan akan kembali tegang dan ketat, malah tubuh juga jadi cergas dan sihat!
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun