Sekarang ni, macam-macam cara boleh buat duit.

Asalkan berani nak keluar dari zon selesa dengan cuba benda-benda baru dan INTERNET. Internet zaman sekarang, dah macam nyawa! Tak ada internet, ramai daripada kit a rasa dah tak boleh hidup. Sebab dengan internetlah, ada yang berjaya dan boleh jana pendapatan sampai berpuluh-puluh K. 

Dengan internet jugak, ramai yang dah bergelar streamer. Tak kisahlah dekat platform lain, kerjaya sebagai streamer ni memang dah semakin dikenali dan dipandang. 

Jadi hari ni sis nak share sharing seorang streamer Bigo Live, UnieQun Chan yang terkenal dekat aplikasi Bigo dengan pembaca Sinaran Wanita.

Permulaan kerjaya

Bermula dengan hanya main video game untuk saja nak isi masa lapang, kawan-kawan UnieQun Chan perkenalkan UnieQun Chan dengan Bigo Live. Mula dari tengok beberapa video streamer lain, akhirnya UnieQun Chan putuskan untuk mula juga strim live dengan sokongan family dan kawan-kawan yang sangat supportive.

Tapi tulah, awal-awal tu mana ada barang-barang kan. Jadi UnieQun Chan keluarkan duit simpanan nak beli kelengkapan untuk streaming dan tak pernah menyesal. Sebab dengan streaming lah UnieQun Chan dapat jana pendapatan untuk beli peralatan baru.

Komen negatif 

Kalau tanya UnieQun Chan, memang komen negatif tu berpisah tiadalah di zaman internet ni. Cuma UnieQun Chan belajar tak focus pun pada benda-benda negatif dan streaming je macam biasa. 

Konten & audiens

Untuk pilih konten, UnieQun Chan akan tengok dan buat kajian sikit dengan tengok konten-konten trending selain daripada ambil pendapat viewer untuk tarik lebih ramai penonton. 

Contoh dalam konten video game Free Fire, ramai golongan kanak-kanak atau adik-adik bawah umur yang join. Memang masing-masing ada ragam sendirilah. UnieQun Chan sendiri pun sebagai ibu faham dan stream lah konten yang dorang nak dan minat. 

UnieQun Chan ada juga buat kolaborasi dengan streamer lain untuk naikkan lagi views UnieQun Chan. Kolaborasi ni bagus sebab kata UnieQun Chan dengan kerjasama ni lah dia akan dapat pandangan pasal streaming live dan trick gaming yang berbeza dan boleh diaplikasikan untuk tambah jumlah penonton.

Keluarga vs Streaming

Keluarga sentiasa support UnieQun Chan dengan kerjaya sebagai streamer Bigo Live. Cuma macam biasa, uruskan masa antara keluarga dan streaming boleh jadi sangat mencabar. 

Nak mudah UnieQun Chan buat jadual, dan dalam jadual tu UnieQun Chan sentiasa update dari masa ke semasa ikut keperluan dan priority. Bila tahu mana yang perlu diutamakan, sesiapa je pun boleh laluinya.

Jadi kalau korang pun ada minat dengan e-sukan ni, maybe korang boleh tengok macam mana UnieQun Chan stream dan mulakan dengan ikut cara UnieQun Chan. 

Facebook: UnieQun Chan

IG: UnieQun Chan

YouTube: UnieQun Chan