Memiliki bibir yang merah bak delima merupakan idaman setiap wanita.
Setiap wanita perlu memberikan perhatian terhadap bibir memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi.
Sekiranya uols mempunyai bibir yang mengelupas, elakkan daripada mengopek kulit bibir untuk mengelakkan daripada luka dan terkoyak.
Untuk mendapatkan bibir cantik, terdapat 7 tips penjagaan bibir yang perlu diketahui oleh setiap wanita.
- Madu
Madu mempunyai banyak khasiat tersendiri termasuklah dalam merawat bibir. Bagi merawat bibir, sapukan madu pada keseluruhan bibir secara rata dan biarkan seketika untuk madu meresap ke bibir selama 15 minit sehingga 20 minit.
Selepas itu, anda boleh membasuh bibir menggunakan air biasa atau air suam. Ulang rutin ini sebanyak 3 atau 4 kali dalam seminggu.
(Nota: Pastikan uols menggunakan madu asli ketika melakukan ini)
- Minyak zaitun
Minyak zaitun merupakan salah satu tips yang diguna pakai oleh wanita-wanita dalam memerahkan bibir. Anda perlu mencampurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, dan menyapukannya pada keseluruhan bibir.
Tunggu selama beberapa minit dan selepas itu anda perlu mengurut keliling bibir berlawanan arah jam secara perlahan. Selepas itu, anda boleh bilas menggunakan air suam atau air biasa. Lakukan sebanyak 1 ke 3 kali sehari.
- Mentega
Sebelum uols tidur, pastikan uols menyapu mentega pada bibir. Mentega bukan sahaja bertindak dalam memerahkan semula bibir anda malah menjadikan bibir anda lebih lembut dan tIdak kering.
- Berus gigi
Ubat gigi dan berus gigi bukan hanya digunakan untuk gigi dan lidah, malah boleh juga digunakan pada bibir sebagai skrub. Ketika ingin menggosok gigi, anda boleh meletakkan sedikit ubat gigi di bibir.
Selepas 3 minit sehingga 4 minit, gunakan berus gigi anda untuk menggosok bibir. Proses menggosok bibir ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen seterusnya menjadikan bibir lebih merah.
- Gula
Gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir di pasaran. Di rumah, anda boleh membuat skrub bibir sendiri menggunakan gula dan mencampurkannya dengan vaseline atau air suam.
Cara membuat skrub bibir:
- ½ cawan gula
- 2ml vaseline atau air suam
- Campurkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Kemudian, sapukan campuran bahan tersebut pada bibir dengan membuat gerakan membulat pada keseluruhan bibir selama 3 minit hingga 4 minit. Biarkan seketika dan bilas apabila kering.
- Lemon
uols hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan ratakan di keseluruhan bibir. Lemon bertindak dalam mencerahkan pigmen bibir dan madu akan memberikan nutrisi kepada bibir serta melembapkannya.
- Air kosong
Kekurangan air dan dehidrasi boleh menyebabkan bibir gelap dan merekah. Untuk mengelakkan daripada mendapat bibir yang gelap dan merekah, anda perlu minum air mengikut kuantiti yang disyorkan berdasarkan berat badan.
Untuk mendapatkan bibir merah dan cantik secara semula jadi ini tidak memerlukan modal yang tinggi.
Walaupun rawatan estetika memberi kesan bibir menjadi merah seperti semula jadi dalam masa yang singkat, namun tak semua wanita mampu untuk mengeluarkan modal yang tinggi untuk mendapatkan bibir merah. Menggunakan bahan semula jadi yang berada di sekeliling kita juga mampu membantu dalam mendapatkan bibir yang merah.
Selamat mencuba!
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun