Merancang untuk mendirikan rumahtangga atau meneruskan majlis yang tergendala dalam masa terdekat, comfirm stress, macam-macam nak pikir. Dengan nak kne bajet nya lagi, lebih-lebih lagi time PKP ni. Confirm la kita masih mahukan majlis pernikahan dan persandingan yang indah dan meriah. Tapi kalau nak kne plan dengan strict budget, memang tak best langsung bunyinya. Tapi apa boleh buat. Kena biasa kan, kita la kena pikir cara kreatif biar pun simple tapi masih cantik untuk memori sekali seumur hidup. So macam mana tak nak over spend.
1. Kena pastikan undangan tak over
Kalau sebelumnya kita plan nak sumbat sekali seribu orang. Sekarang ni kita kne kurangkan ke 250 orang atau lebih sedikit. Undang orang yang betul-betul rapat dengan kita.
2. Shopping barang hantaran/keperluan time sale!
Dengar je sale kat mana-mana kita terus serbu. Kena plan betul-betul. Kena amik tahu pasal sale yang tengah berlangsung. Contohnya haritu ada Valeram SALE. Dapat borong barang yang patut untuk hantaran. Ada jugak 11.11, 12.12 smua jenis sale lah kena amik tau. Pergi beli barang di Outlet pun membantu tau.
Okay, next!
3. Sekalikan majlis akad dan bersanding atau sekali kan majlis di kedua-dua belah pihak at the same time!
Buat macam ni dia punya jimat tu. Tak payah nak explain panjang. Cut cost habis-habisan. Make up, busana pengantin, pelamin tu kad undangan semua tu memakan belanja yang besar. Lagi banyak majlis lagi banyak la duit kena keluar. So bila kita dah gabungkan sekali smua. Pening sekali je, lepas tu lega. Boleh simpan duit extra tu ke honeymoon. Since sekarang ni tak dapat nak travel luar negara. Dapat la kita merasa dua-tiga hotel berbeza di negeri berbeza. Banyak je dekat Malaysia ni yang cantik tapi kita tak tahu.
4. D.I.Y door gifts dan kad kahwin
Lagi penuh bermakna la pemberian doorgifts dan kad undangan kalau kita buat sendiri. Do-it-yourself, why not kan? Sekarang ni merata je dalam Pintest idea-idea doorgifts yang kita boleh buat. Tak makan budget yang besar pun. Cuma kena kerah tenaga dan masa sikit jela. Contohnya kita boleh buat biskut ke,chocolate ke, sabun ke, pokok kaktus ke? macam-macam la.
Tinggal kita je gubah sendiri. Sekarang pn dah ada kad kahwin digital. Spend untuk buat satu je. Boleh share kat ramai. Bonus point la kalau pasangan kita tu graphic designer kan. Ni memang memerlukan kerjasama dua belah pihak. Takut kalau kita sorang je buat mau pengsan nanti.
5. Pergi ke expo perkahwinan
Ok faham la sekarang ni belom boleh ada lagi mana-mana expo. Tapi once dah ada tu sila la serbu. Dekat situ macam-macam promosi ada dari keperluan hujung rmbut perkahwinan sampi la ke kaki. Smua dia cover. Buat masa ni kita kena la rajinkan diri. Scroll semua social media platform. Cari promosi yang ada.
Ingat jangan terlebih belanja melebihi kemampuan, persandingan hanya sehari kehidupan selepas perkahwinan itu yang lebih mencabar.