Tengok orang ada anak kembar memang seronok. Sebab boleh pakai pakaian yang sedondon jek. Comel sangat!

Korang kenal kan Angkasawan Malaysia pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar? Sejak daripada dedah yang isterinya, Datin Dr Halina tengah hamil anak kembar mereka, ramai yang bertanyakan tip untuk dapatkan anak kembar.

Kalau korang nak tahu ini bukan kali pertama tau pasangan doktor ni dapat anak kembar. Dr Halina sebelum ni pun dah bersalinkan kembar lelaki yang sekarang tengah berusia 3 tahun iaitu Sheikh Noah dan Sheikh Adam.

10 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan yang digelar ‘beauty with brain’ ni turut dikurniakan 2 lagi anak, Sophea Isabella dan Sophea Natasha yang dah berusia 9 dan 7 tahun.

Kata Dr Muszaphar, ada tips sebenarnya untuk korang yang teringin nak dapatkan anak kembar tu. Jom sis kongsikan apa yang korang kena buat sebagai iktiar dapatkan anak kembar.

Sebelum tu, korang kena tahu dulu yang ibu kawal gen kepada peluang untuk hamil kembar. Kat sini gen ayah tak mainkan peranan. Tapi korang juga kena faham yang kembar ni bukan genetik tau.

Tips dapat anak kembar:

  1. Banyak makan keladi dan ubi kayu
  2. Produk tenusu – susu keju
  3. Wanita berusia ada peluang yang lagi tinggi
  4. Wanita yang tinggi juga ada peluang tinggi nak dapat kembar

Website Hello Doktor pula cakap, kalau belah ibu korang ada keturunan kembar, maka peratusan nak hamil kembar tu memang tinggi. Selain tu, etnik pun turut mainkan peranan yang mana orang kulit hitam dari etnik Afrika lebih cenderung untuk lahirkan baby kembar.

Dan setiap kali hamil, peratusan untuk dapatkan kembar adalah tinggi. Malah kalau yang pernah bersalin kembar, tak mustahil tak boleh lagi mengandung kembar. Macam yang Dr Halina hadapi.

Malah berat badan pun main peranan juga sebenarnya. Ada beberapa pengkaji kata, wanita yang ada BMI lebih tinggi akan ada pelung yang tinggi untuk hamil kembar. Kalau wanita obesiti pula, secara signifikannya lebih cenderung untuk lahirkan kembar tak seiras.

Yang penting, korang jangan lupa doa pada Tuhan. Minta sesungguh hati. Kalau ada rezeki, tak kemanalah. Percaya pada rezeki Tuhan tau.

Jadi sis harap siapa yang nak dan teringin mengandung kembar, bolehlah cuba tip Dr Muszaphar tu. Sis suka tengok family Sheikh Muszaphar. Nampak happy sentiasa je.