Dapur yang kemas dan tersusun menjadi idaman untuk semua yang bergelar wanita. Tidak dinafikan, kadangkala ruang terhad menjadikan impian ini sukar untuk dijadikan realiti.

Tapi tak perlu risau lagi! Kami ada beberapa tip dan trick yang sesuai untuk ibu-ibu gunakan, biarpun ruangan dapur agak terhad. Yang penting kos masih lagi dalam bajet.

1. Gunakan bakul bertingkat

Bakul bertingkat sangat membantu dalam menjimatkan ruang. Selain daripada dapur nampak lebih sistematik, cara ini boleh kurangkan penggunaan bekas simpanan di dapur. Psss, ibu-ibu tahu tak, bakul bertingkat lebih mudah dibersihkan tau.

Kredit: Desainrumahid.com

2. Lazy Susan

Lazy Susan atau dalam Bahasa Melayunya dulang putar amatlah membantu untuk mencari barang dilakukan tanpa perlu mengeluarkan satu-satu bekas. Hanya perlu putar sahaja dan jumpa!

Kredit: Fozhou Cabinet Furniture

Untuk pengetahuan ibu-ibu, Lazy Susan ini ada yang jenis bertingkat juga. Mana nak cari? Pergi je scroll Shopee atau Lazada, pasti jumpa punyalah.

3. Susun barang mengikut jenis

Satu kesilapan besar yang sering ibu-ibu lakukan di dapur adalah campur semua jenis barang dalam satu tempat. Katakan tidak pada pencampuran. Contohnya, bahan masakan kering seperti rempah dan tepung jangan campurkan bersama tapi diasingkan ikut jenis dan kategori. Pasti nanti hasilnya WOW. Tak percaya cuba try test.

4. Pelbagaikan kegunaan besi penyangkut tuala

Tidak hanya terhad pada kegunaan sangkut tuala, ibu-ibu boleh cuba menggunakan besi penyidai tu sebagai tempat menggantung kuali dan periuk tau. Jangan tak tahu, kalau gantung periuk dan kuali di dinding, ruang yang sempit pun boleh letak banyak barang.  

Kredit: Good Housekeeping

5. Label

“Alaaa, leceh lah guna label.” Haaa, label memang nampak macam remeh tapi sebenarnya membantu sangat jadikan ruang lebih kemas. Tak payah menggagau keluarkan semua bekas nak suruh anak cari pun mudah. Tak pening fikir pasal sepah.

Kredit: Little Label Co

Mudah kan? Tanpa perlu kos yang tinggi, ruang dapur sempit tetap boleh nampak lebih teratur dan kemas. Selamat mencuba!

Kredit gambar utama: MyRecipes