Apa sahaja yang letak cheese pasti jadi viral.
Lepas sahaja viral, sana sini asyik-asyik ternampak orang kongsi resepi ni. Visual dia pun memang nampak mengancam.
Seorang pengguna Facebook, A Nur Aziz ada berkongsi cara mudah menghasilkan resepi viral ni.
Bahan-bahan utk Roti:
- 120gm Susu Full Cream
- 30gm gula kastor
- 5gm yis
- 250gm Tepung Gandum
- 1 biji Telur
- 30g mentega
- Garam
Cara hasilkan roti:
- Masukkan susu (suam), telur, yis, gula kastor, garam dan telur ke dalam pengadun.
- Masukkan tepung dan gaul selama 5 minit.
- Masukkan mentega dan gaul selama 10 minit.
- Biarkan roti kembang selama 30 minit sebelum dibentukkan bulat.
- Adunkan mengikut saiz roti yang diinginkan dan bakar pada suhu 170 darjah selama 25 minit.
Nota: Nak beli terus roti burger pun boleh.
Bahan-bahan utk Inti Cream Cheese:
- 200gm Krim Cheese
- 30gm Gula kastor
- 50gm Whipping Cream (Dairy)
Cara masak cream cheese:
- Putar cream cheese dan masukkan gula kastor.
- Masukkan whipping cream dan putar hingga sebati sebelum masukkan ke dalam piping bag.
Bahan-bahan utk Sos Bawang Putih:
- 130gm Mentega
- 50gm Bawang Putih Cincang
- 30gm Susu Pekat
- 1 biji Telur
- 20gm Gula
- 3gm daun Parsley
Cara masak sos bawang putih:
- Cairkan mentega guna kaedah double boiling. Lepas cair biarkan sejuk sehingga suhu bilik.
- Masukkan telur dan kacau rata sebelum masukkan gula kastor, bawang putih cincang, susu pekat dan daun parsley.
- Kacau rata dan ketepikan.
Cara buat Korean Garlic Bread:
- Potong roti kepada empat bahagian (jangan sampai putus).
- Masukkan cream cheese ke dalam rekahan roti guna piping bag.
- Salutkan roti dengan sos bawang putih.
- Bakar semula dengan suhu 160 darjah selama 15 min.
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit gambar: Facetofeet, Kumparan