Musim hujan ni mesti tekak sentiasa nak cari makanan yang berkuah kan? Hirup kuah panas masa badan tengah sejuk memang satu nikmat yang tak terkatalah…

Sempena dengan musim hujan ni, sis nak share sikit dengan uols satu resepi mudah (sangat mudah) yang boleh korang cuba iaitu bihun kung foo. 

Resepi ni sis dapat daripada group Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang dishare oleh Puan Rozmaliza Omar.

Bahan-bahan:

  • ½ bungkus bihun digoreng dalam minyak panas. (tengok video)
  • 2-3 ulas bawang putih cincang
  • Isi ayam
  • Fishcake
  • Udang (saya x letak)
  • Kailan
  • Carrot
  • Bunga kobis
  • 1 kiub ayam
  • Serbuk lada sulah
  • 1 sdb tepung jagung + air
  • 1 telur dipukul

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih. 
  2. Masukkan isi ayam, udang kacau hingga separuh masak.
  1. Masukkan air, kiub ayam, garam dan lada sulah.
  2. Masukkan carrot dan bunga kobis biar hingga lembut.
  3. Masuk sawi dan fishcake, tepung jagung biar kuah likat sikit.
  1. Tuang telur, kacau perlahan. 
  2. Letak bihun dlm pinggan dan tuang kuah atas bihun. Siap!

Btw, bihun tu uols goreng tau. Caranya kena minyak betul-betul panas dan masukkan bihun sampai bihun kembang dan toskan minyak.

Minyak kena betul² panas baru masukkan bihun dan goreng hingga bihun kembang. Toskan

Posted by Rozmaliza Omar on Wednesday, January 6, 2021

Mudah je kan uols? Makan panas-panas, add on pulak dengan cili jeruk, fuh memang terlajak sedap! Uols jangan lupa untuk cuba tau resepi dengan guna bahan mudah ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

Sumber resepi: Rozmaliza Omar