Ramai je nak kurus, nak dengan tak nak berusaha je penghalang dia. Sebab kadang-kadang tu rasa payah sangat nak diet. Dah tu nak diet boleh dikatakan lagi mahal makanan dia dari makan macam biasa.  Jom ikut tips ni senang dan tak keluar duit banyak untuk kurus.

Cut habis-habisan intake gula

Katakan tidaakkkk pada gula. Mula dengan kurang kan sikit-sikit. Lama-lama tu stop terus. Kalau boleh try buat keto diet. Ambil protein tapi tinggal kan makanan atau apa saja yang ada carbs, especially nasi ke bihun ke. Dapat elak gula boleh gerenti sekejap je berat badan turun, tak caya cuba lah dulu. Nak sihatkan? apa salah nya.

Beli baju size kecil

Beli baju paling cantik tapi ikut size yang diidamkan. Gantung kat tempat yang kita senang nampak. Bila nak makan cendol ke ABC, nasi penuh sepinggan ke, tengok balik baju idaman kita tu. Confirm hilang terus rasa nak makan benda tak patut kalau nak kurus.

Green Tea

Kalau boleh amalkan pengambilan Green Tea setiap hari. Sebab banyak khasiat yang ada dalam Green Tea ni, dia dapat bakar kalori, halang dari serap lemak  dan boleh meningkatkan kadar metabolisme (sumber google). Korang cari je kat google macam-macam khasiat tersenarai.

Bersenam

Ni benda biasa yang kita dah dengar selalu nak diet kne jogging la workout la. Tapi pada hakikatnya secara tak langsung bersenam ni bukan je untuk kurus tapi bagus untuk kesihatan dan untuk ‘muscle toning’. Nak kurus tak bersenam. Payah jugak la. Bila kita jaga makanan tambah lagi dengan diet. Memang laju je la kita boleh kurus. Ada macam-macam jenis senaman kita boleh buat sekarang ni, boxing, high intensity workout, yoga, tabata dan macam-macam lagi lah. Pucuk pangkalnya kita. Nak ke tak nak usaha lebih skit.

Tidur yang cukup

Nak cepat kurus, tidur mesti kena cukup. Orang yang tak jaga tidur ni selalunya akan ada masalah nak turunkan berat badan. Kalau setiap hari dah berjaga sampai 3 ke 4 pagi. Sah- sah la akan lapar, mula la mencari apa ada di dapur kan? Diet tah ke mana mana je sebab bila dah tak cukup tido metabolisma  badan pun akan ikut berkurangan. Payah la kita nak bakar lemak. Lagi satu jangan tidur selepas makan. bahaya ye ni!

Sumber gambar: wareable