Kek pandan layer memang nampak kemas dan cantik. Melihat daripada bentuknya memang nampak susah sikit tapi sebenarnya senang je.

Kata puan Chesu Riani, dari level 1 sampai 5, susah dia takat level 2 jelah.

Bahan-bahan kek:

  • 3 biji telur A
  • ½ cwn gula perang (nk manis 1 cwn)
  • 1 sdb ovalette
  • 1 cwn tepung gandum
  • ½ sdt baking powder
  • ½ sdt baking soda
  • ¼ sdt garam
  • 1 sdt perisa pandan
  • 1 sdt pewarna hijau
  • ½ cwn santan kotak
  • Sedikit esen vanilla
  • 3 sdb air pandan
  • 50ml minyak jagung

Cara-cara:

  1. Pukul telur, gula dan ovalette sampai warna putih guna mixer.
  2. Ayak tepung, baking soda + powder dan garam pastu masukkan dalam adunan selang seli guna speed perlahan.
  3. Matikan mixer. Campurkan kesemua bahan lain dan kaup guna spatula je. Last sekali baru masukkan minyak.
  4. Bahagi dua adunan dan ketuk-ketuk loyang bagi hilang bubble. Kukus 15-20 min api besar. Kalau bakar ikut suhu oven masing-masing.
  5. Bila dah masak keluarkan dari loyang dan tunggu sampai sejuk.

Bahan Kastard Pandan:

  • 1 cawan santan [email protected] segar
  • 3 cawan air
  • 1 cawan air pandan/ 1 sdt perisa pandan
  • 1 cawan susu cair
  • 100g tepung hoen kew(ku guna 50 gm tepung jagung dan 50gm tepung kastard)
  • ½ cawan gula perang (nk manis 1 cawan)
  • 1 sdt garam halus
  • 10g agar-agar serbuk/ agar-agar tali
  • 1 sdt pewarna hijau

Nota:

  1. Jumlah cecair (santan + susu cair + air pandan dan air mesti [email protected] cawan kesemuanya)
  2. Kalau guna agar serbuk, ayakkan tepung dan satukan dengan bahan-bahan lain ke dlm periuk. Kacau dengan api sederhana perlahan-perlahan sampai pekat berkilat dan ada letup-letup kecil.
  3. Kalau guna agar-agar tali:
    1. Satukan air dengan agar-agar dan masak hingga mendidih sampai agar-agar larut. Kacau sekali sekala.
    2. Masukkan gula, garam dan pewarna. Kacau sekejap dan biar mendidih.
    3. Ayakkan tepung dan satukan dengan air pandan, santan dan susu cair. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam periuk agar-agar yang tengah mendidih.
    4. Kacau jangan berhenti sampai adunan pekat dan mula ada letup-letup kecil. Kalau nampak terlalu pekat tambah setengah cawan air panas dan kacau sebati hingga mula meletup2 kecil semula.
    5. Matikan api… Siap untuk kastard.

Cara lapis kek dan kastard:

  1. Basahkan loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi @ renjiskan dengan air biar basah.
  2. Kalau kek potong 2, bahagikan kastard kepada 3 bahagian. (Nota: Puan Chesu buat 2 potong kek je).
  3. Bahagian dalam loyang biar basah tau, jangan lap kering pulak. Lepas tu ambil mangkuk kastard pertama dan tuang dalam loyang. Ratakan keseluruhan loyang dan letak sekeping kek di bahagian tengah-tengah kek. Biar tepi-tepu tu ada ruang kosong.
  4. Lepas tu masukkan bahagian kastard kedua dan tuang atas kek, tuangkan juga pada tepi-tepi keliling kek. Ratakan kemudian hentak-hentak perlahan biar kastard rata dan turun ke tepi-tepi loyang.
  5. Ambik lapisan kek yg kedua dan letak atas kastard tu, tutup balik dgn baki adunan kastard. Ratakan dan hentak perlahan loyang.
  6. Biar kastard sejuk, simpan dalam peti ais sekurangnya 4 jam. Kalau tak cukup 4 jam atau lebih jangan berani nak tanggalkan loyang dan keluarkan kek ye. Nanti kastard tak cukup keras, takut pecah.

Cara tanggalkan kek dari loyang:

  1. Lepas keluarkan loyang dari peti ais, kalau nampak kastard melekat kuat pada tepi loyang, ambil pisau besi nipis dan lalukan hujungnya dekat tepi permukaan loyang tapi jangan sampai ke bahagian bawah loyang nanti calar-calar kastard. Hentak dan goyang sikit-sikit loyang supaya kek regang sikit dari loyang.
  2. Ambil pinggan besar @ cake board @ talam letak pd permukaan loyang, kemudian terbalikkan biar loyang terlangkup atas pinggan. Tepuk-tepuk sikit belakang loyang. Penuh hati-hati ya.
  3. Pegang sisi loyang dengan tapak tangan, bila rasa kek dah turun angkat loyang perlahan-lahan. In shaa Allah, kek keluar licin cantik, tak melekat dekat loyang.

Hasilnya nanti kalau dah potong macam ni…

Kredit: Chesu Riani
Kredit: Chesu Riani

Selamat mencuba!