Hai korang, suka tak makan cheese tart? Mesti suka kan. So hari ni akak nak tunjukkan step by step macam mana nak buat blueberry cheese tart! Dijamin laku keras.

Sebelum kita buat filling Cheese tart kita sediakan shell atau crust dia dulu.

Bahan – bahan untuk crust: 

  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart

Cara penyediaan:

  1. Kacau marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula sampai sebati. Jangan lama sangat gais, manja-manja je dah cukup.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Untuk mendapatkan doh yang baik, simpan dalam peti ais semalaman.
  1. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
  2. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama. Tunggu crust atau shell benar-benar sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

Nota: Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.

  1. Sediakan filling yang kita suka. Boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Kalau rajin boleh buat sendiri, tapi kalua nak cepat, beli je dari kedai kek. 
  2. Masukkan dalam piping bag utk memudahkan proses kita isi filling dalam crust. Ketepikan.

Bahan – bahan untuk cream cheese:

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara penyediaan:

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam crust yang dah kita isi dengan jem blueberry tadi. Untuk memudahkan proses ni, gunakan kaedah piping bag. Letak penuh supaya nampak cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tart tadi.

  1. Ambil sedikit cream cheese dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek perlu dilakukan ketika cheese tadi masih lembut, kalau tidak corak lorekan nampak tak cantik.
  2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil-kecil di bahagian tepi. Ikutla berapa banyak korang nak buat, lagi banyak lagi cantik jadinya nanti.
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan lorekan yang cun.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Nota tambahan: Bakar api atas bawah tapi mesti letak dekat rak bawah.

Cheese tart yang telah siap boleh di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.