Minyak cili merupakan perencah yang dibuat dari minyak sayuran yang dah diperap bersama cili. Biasa digunakan dalam masakan Cina, Timur dan Asia Tenggara, minyak cili bukan sahaja boleh digunakan sebagai perasa dalam hidangan tetapi juga sebagai sos untuk daging dan dimsum.
Yang suka pedas, minyak cili adalah kondimen wajib yang perlu ada atas meja sentiasa. Bukan sekadar pedas, rasanya yang rangup membuatkan selera makan bertambah.
Nak buat minyak cili tak susah pun sebenarnya. Jom cuba resepi perkongsian daripada En Kesavanan Supramaniam.
Bahan-bahan:
- 1 cawan minyak sayuran – jenis neutral tasting (tanpa perasa)
- 4 kuntum bunga lawang
- 1 batang kayu manis
- 2 helai bay leaf
- 3 sudu makan sichuan peppercorn
- 4 biji buah pelaga
- ½ cawan serbuk cili – jenis kasar
- 2 sudu teh garam
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak atas api sederhana.
- Dalam kuali berasingan, sangai rempah ratus (kecuali serbuk cili) guna api besar sampai naik bau. Alihkan ke minyak tadi. Naikkan api ke medium flame. Rempah di tumis dlm minyak selama 4-5 min. Tutup api dan biar sejuk.
- Masukkan serbuk cili dan garam dalam bekas tahan panas. Tapis masuk minyak tadi. Masukkan balik rempah ratus (kepingan besar je) dalam minyak dan kacau sebati. Biar bahan mesra. Jangan lupa tutup botol ketat-ketat ya.
Hasilnya akan jadi macam ni.
Menarik kan hasil dia? Ni kalau dapat makan dengan nasi panas, memang layan habis.