Maggi telah melancarkan Program Wanita Cukup Berani dalam usaha memperkasakan wanita dengan bantuan tiga orang mentor iaitu Datin Paduka Eina Azman (duta Maggi Cukup Rasa), Sheila Rusly (usahawan, pengarah, penerbit, pelakon) dan Anne Idris (usahawan dan pemilik MyMum’s Bakery).
Ketiga-tiganya bertanggungjawab dalam membentuk dan membimbing protege mereka menjadi wanita yang cukup berani menyahut segala cabaran dan dugaan yang mendatang supaya mampu keluar daripada belenggu kesusahan.
Sejajar dengan misi ini, Maggi telah menjalankan kerjasama bersama Google supaya wanita tidak ketinggalan untuk menggunakan teknologi dan pemasaran digital bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Menerusi siri bengkel yang akan dijalankan secara dalam talian, bengkel pertama akan bermula pada 1 September ini dengan sambutan yang menggalakkan iaitu lebih daripada 800 orang pemohon dan mengalu-alukan lebih ramai lagi.
“Mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru adalah langkah pertama untuk membina keyakinan.” – Datin Eina Azman
“Don’t limit your challenges, challenge your limit.” – Sheila Rusly
“Kalau kita nak berjaya, jangan ada ‘tapi’, jangan ada ‘nanti’. Nak buat, terus buat saja!” – Anne Idris