Kek batik merupakan kek yang sangat mudah untuk dihasilkan. Tak perlu tepung, tak perlu bakar, kesemua bahan juga mudah untuk didapati di kedai serbaneka.

Tapi selalu sangat makan kek batik pun jemu juga kan? Apa kata kita upgrade sikit menu kek batik. Jom tengok perkongsian resepi kek batik Cadbury Cheese daripada Tuan Muhammad Ali.

**Resepi ini untuk Loyang 8 inci. Kalau pakai Loyang 5 inci akan dapat dua bekas saiz 5 inci. Kalau pakai Loyang 6 inci akan dapat saiz 6 inci 1 bekas dan 2 bekas sq450. Kalau pakai sq450 dapat 6 bekas.

Bahan-bahan:

Kek batik

  • 300 gram biskut merry
  • Butter (ada 3 pilihan boleh pilih nak yang mana satu)
    150 gram (kalau pakai butter campuran mcm buttercup atau marjerin)
    200 gram (kalau pakai pure butter macam lurpak/anchor/scs/ golden churn)
    kalau nak campur nisbah 1: 1 – contoh buttercup 100 gram dan pure butter 100 gram pun boleh jadi rasa balance tak ada rasa susu sangat
  • ⅓ cawan susu pekat
  • ¾ cawan full cream milk atau fresh milk. Boleh je mana-mana
  • 1 biji telur
  • ½ cawan serbuk koko
  • ¾ cawan milo

Cadbury cheesecake

  • 250 gram cream cheese
  • 125 gram whipping cream DAIRY
  • 20 gram gula kastor/icing
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 120 gram cadbury
  • 1 sudu kecil susu pekat manis
  • 1 sudu kecil serbuk koko  (pilihan, tak nak masukkan pun tak apa

Chocolate ganache

Ada 2 pilihan:

Pilihan pertama

  • 50 gram cadbury
  • 150 gram milk chocolate
  • 180 gram whipping cream dairy
  • 1 sudu makan butter

atau

Pilihan kedua

  • 200 gram dark chocolate
  • 200 gram whipping cream dairy
  • 1 sudu makan butter

Cara masak:

1. Layer Pertama: Kek Batik

(sukatan refer pada bahan-bahan tadi)

  • Masukkan butter ke dalam kuali biar sampai cair. Api jangan kuat sangat.
    dah cair tutup api biarkan dalam 3- 4 minit
  • Masukkan susu pekat-serbuk koko-milo-susu full cream-nutella dan telur.
  • Buka api balik kacau perlahan2 sampai sebati dan tak berketul. Then tutup api.
  • Masukkan biskut merry 300 gram patahkan kecik2 n gaul sebati
  • Dah sebati masuk dalam loyang. Loyang lapikkan dengan baking paper atau plastik supaya senang nk keluarkan nanti
  • Sejukkan dalam peti 20 minit

2. Layer Kedua: Cadbury Cheesecake

  • Double boil / microwave cadbury 120 gram tu. Cairkan sahaja. Tak perlu tambah apa apa. Dah cair bagi dia sejuk jap. Alang-alang tu kita buat cheese dia.
Teknik double boil yang betul. Kredit: Eny Abdullah
  • Pukul 250g cream cheese pada suhu bilik. Jangan pukul lama-lama dah agak-agak texture cantik masukkan gula icing ATAU gula kastor… Mana-mana yang ada… Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat.
  • Pukul sebati.
  • Masukkan cadbury yang dah dicairkan tadi dengan cream cheese.
  • Masukkan 1 sudu kecil serbuk koko. (Ni pilihan anda. Tak nak masuk pun xpe. Fungsi dia pada warna dan balance kan sikit rasa manis. Kalau pakai dark chocolate as topping tak perlu letak serbuk koko).
  • Mix sampai sebati. Dah agak2 sebati stop beat.
  • Pada bekas yg lain… Pukul 125g whipping cream dairy sampai kental. Dah kental gaulkan sekali dengan cream cheese + cadbury tadi guna kaedah kaup balik. Jangan pakai mixer. Pakai spatula sahaja.
  • Tuang atas lapisan kek batik dan sejukkan 30 hingga 40 minit dalam peti bahagian chiller.

3. Chocolate Ganache

Kaedah double boil

  • Masukkan whipping cream & butter dulu. Masa double boil ni bekas bawah yg kita letak air yang sikit tu. Api kena perlahan. Bekas atas wajib lagi besar dari bekas bawah untuk hasil yang cantik.
  • Dalam 2-3 minit mcm tu baru masukkan chocolate beserta cadbury. Kalau pilih dark chocolate masukkan dark chocolate. Milk chocolate – manis; Dark chocolate – Pahit sikit tapi sedap. Rasa tak manis.
  • Dah siap, tutup api. Bagi sejuk dalam 15 minit. Then baru tuang. Jangan pakai spatula. ratakan dengan mengerakkan loyang/ bekas kek sahaja. Setkan semalaman n dah boleh makan!

Tip untuk potongan cantik:  Pisau panjang/ pisau pemotong roti ,celup air panas, lap n potong. Buat sampai habis dgn step ni.

Sumber: Muhammad Ali

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik
untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk
uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!