“Masak sampai pecah minyak.” 

Haa, mesti yang perempuan biasa dengar kan? Masa awal-awal belajar masak mesti korang rasa pelik kan? Macam mana nak dapatkan pecah minyak yang sempurna?

Kredit: Keluarga

Haa, mari sini kami bagitahu tip nak macam mana nak dapatkan pecah minyak yang sempurna.

1. Minyak kena banyak

Nak menumis sampai pecah minyak ni memang kena guna minyak banyak supaya cili dapat ditumis dengan sempurna. Kalau sikit tak jadilah namanya pecah minyak tu. 

Kredit: Hello Doktor

2. Guna api perlahan

Ada orang suka masak dengan api besar. Tapi kalau nak tumis sampai pecah minyak janganlah guna api besar, nanti bukan minyak yang pecah tapi bahan tumis siap hangus sekali. Nak pecah minyak kena banyak sabar, guna api perlahan.

3. Kacau selalu

Proses pecah minyak ni konsep dia agak sama macam nak masak makanan bersantan. Kena kacau selalu supaya bahan masak dengan sekata dan tidak hangit

4. Garam/Gula

Ikut pada korang nak masukkan yang mana. Kalau nak rasa masin sikit letakkan garam, kalau nak manis letakkan gula supaya rasa bahan tumisan dimasak sebati. Bukan setakat tu, dengan penambahan garam atau gula, cili tumisan akan jadi lebih garing dan sedap.

Kredit: Umpan

Kalau korang masih ragu-ragu nak menumis sampai pecah minyak, bolehlah cuba tip-tip ni. Pasti jadi. Menu untuk dihidangkan pada keluarga pun makin jadi sedap.

Kredit gambar utama: Donna