Walaupun periuk nasi dekat pasaran dah ada macam-macam jenis, masih ada juga antara kita yang gunakan dapur biasa dengan alasan nasi yang dimasak atas api lebih sedap rasanya berbanding yang dimasak gunakan elektrik.
Tapi ada risiko yang terpaksa dihadapi bila gunakan dapur ni. Nak tahu risiko dia apa? Risiko nasi terhangit. Sebab suhu api yang tak sekata macam periuk nasi elektrik, korang kenalah rajin-rajin untuk kacau. Kalau tidak hmmm. Pandai-pandailah sendiri.
Ehhh… tak tak. Jangan risau kalau masakan korang terhangit sikit, kami ada cara untuk korang hilangkan bau hangit tu.
1. Cili/ Cili kering
Letakkan beberapa batang cili yang dah dibuang tangkainya dan dibasuh bersih terlebih dahulu dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan seketika. Lepas tu keluarkan semula cili tersebut.
Kalau takut pedas, buang dulu biji cili tau. Tak ada cili biasa, gantikan dengan cili kering pun boleh.
2. Kentang
Kalau masih takut pedas juga, korang boleh gunakan kentang. Basuh bersih kentang dan potong kecil. Letakkan dalam periuk dan tutup rapat. Nanti bau hangit tadi akan diserap kentang.
Kalau saiz kentang korang kecil, nanti bolehlah makan terus kentang tu. Sebab dah masak. 2 in 1 gitu.
3. Daun pandan
Daun pandan memang wangi, jadi bila diletakkan dalam masakan yang hangit bau hangit tadi akan dihilangkan dengan bau daun pandan. Memang wangi sangat! Naik selera nak makan.
Mudah kan? Lepas ni kalau masakan korang terhangit, tak perlu gelabah. Rileks dan pilih untuk gunakan cara mana yang kami senaraikan kat atas ni.
Selamat mencuba!