Pisau merupakan alat dapur yang paling penting untuk kegunaan memasak. Boleh mati mood nak masak kalau pisau dapur tumpul. Iyalah kalau pisau tumpul nak potong ayam pun tak lepas. Silap-silap nak potong bawang pun tak lepas.
Setiap kali pisau tumpul, korang buat macam mana? Buang dan beli baru kan? Tapi nak tahu tak sebenarnya korang boleh jimat kalau tahu cara untuk pastikan pisau sentiasa tajam.
1. Simpan di tempat kering
Lepas je guna pisau, terus lap dan simpan dalam kawasan yang kering. Kalau dibiar basah atau simpan dalam tempat yang lembap, memang boleh berkarat nanti.
2. Asah mata pisau
Kalau tak reti guna yang batu pengasah tu, korang boleh beli pengasah pisau dekat kedai yang memang memudahkan. Setiap kali nak guna pisau, asah pisau supaya pisau sentiasa dalam keadaan tajam. Sebelum asah tu boleh lah lumurkan minyak.
Kalau tak ada batu pengasah, korang boleh guna je lesung batu kalau lesung batu korang jenis kesat. Yang penting gunakan pengasah yang sesuai supaya mata pisau korang tak rosak. Nak asah pisau pun kena tahu cara, tak boleh main langgar je. Silap silap makin tumpul nanti.
3. Saiz papan pemotong
Papan pemotong penting untuk proses memotong. Paling baik gunakan papan pemotong kayu atau plastik.
4. Cuci dengan tangan
Elakkan cuci pisau guna mesin pencuci pinggan mangkuk kalau tak nak pisau cepat tumpul. Sebaliknya lepas je habis guna, cuci dengan tangan atau span sebelum lap kering dan simpan di tempat sepatutnya.
Kalau korang amalkan 4 cara ni, kami jamin masalah pisau tumpul tak ada lagi. Tapi pisau korang sentiasa tajam. Nak buat kerja potong-potong pun happy je.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Reviewed