Kenapa Mi Kuning Tukar Warna Hijau Lepas Masak Bersama Keledek? Ini Jawapannya

Pernah tak korang masak mi kuning dengan keledek dan tiba-tiba je mi kuning tadi bertukar jadi warna hijau? Mungkin nampak macam biasa tapi kalau kita tak ada pengetahuan sangat tentang sifat tindak balas bahan, agak takut juga nak makan bila kejadian macam ni berlaku kan?

Kredit: Rasa

Menjawab persoalan ini, ahli kimia, Dr Fatimah Salim di FB Group Makmal Makanan (MAMa) ada menerangkan bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

Kredit: Faridah Akir via FB Group MaMa

Sebenarnya bahan kimia yang ada dalam ubi keledek adalah jenis anthocyanin yang sangat sensitif pada perubahan pH sama ada asid atau keledek yang mana pada keadaan neutral berwarna ungu.

Manakala mi kuning mempunyai kandungan bahan bersifat alkali iaitu baking soda yang bertujuan sebagai bahan pengawet dalam mi. Dengan adanya bahan ini, pH persekitaran akan jadi tinggi.

Kredit: Tanny.io

Tindak balas anthocyanin dari ubi keledek dengan baking soda (alkali) inilah yang menyebabkan mi kuning berubah warna ke hijau. Dan jangan risau perubahan warna ini TAK BERBAHAYA dan SELAMAT untuk dimakan.

Perubahan warna yang boleh kita lihat dengan mata kasar ini adalah disebabkan oleh perubahan kumpulan electron dalam struktur molekul anthocyanin yang akan menyerap spectrum tenaga Visible yang berlainan.