Mesti ada antara korang yang suka makan bawang goreng tapi memilih sebab kalau yang jual ready pack tu jenis yang tak sedap langsung. Keras dan lemau. Hirisan pun tak sama besar.
Sebenarnya kalau korang nak tahu, sis Yana ada tips yang sis nak kongsi tentang cara buat bawang goreng crispy ni yang tahan lama ni. Mudah je. Kalau korang dah buat confirm korang tak pandang dah yang jual tu.
1. Jangan basuh bawang
Korang lepas kupas bawang jangan basuh tau. “Euw, mestilah kotor sis.” Sabar, korang jangan risau. korang lap je guna tisu lembap atau kain. Hilanglah kotor dia.
Nak lagi sedap guna bawang merah kecil tu. Beza rasa dia dengan korang guna bawang besar.
2. Tabur tepung
Lepas korang dah hiris bawang tu, jangan terus goreng. Nanti lembiklah bawang korang tu. Korang letak tepung sikit, jangan terlampau banyak. Agak-agak untuk sedap makan bawang tu nanti. Perasakan juga dengan garam.
Jangan letak air macam korang nak goreng ayam tepung pula. Sebab bawang pun dah ada air dia. Cukup je dengan tu. Untuk tepung tu pula, korang guna nisbah sama. Contohnya kalau korang letak 2 sudu tepung gandum, letak jugalah 2 sudu tepung beras.
3. Guna api kecil
Masa goreng bawang tu tolonglah guna api kecil. Biarlah lambat sikit masaknya, daripada korang guna api besar, tak pasal-pasal bawang pun hangus. Sentiasa kacau supaya masak sekata. Minyak tu biar banyak sikit. Baru masak semua bawang tu.
Lepas je korang dah masak, jangan terus masuk dalam bekas tau. Tapis minyak dulu. Korang boleh lapik bawang tadi dengan lapisan tisu dapur. Bila dah agak sejuk baru masuk dalam bekas kedap udara. Sebab kalau masuk masa tengah panas-panas, nanti bawang korang jadi lembik. langsung tak sedap.
Mudah je kan? Selamat mencuba! Dah porn anti boleh lah buat banyak-banyak untuk stok. Makan dengan bubur pun sedap. Yummy!