Hi mommies. So PKP dah pun masuk fasa ketiga, mommies yang dah bosan tu mesti taktau apa lagi aktiviti yang belum dibuat kan?

Haaa apa kata ajar anak-anak memasak? Lagi-lagi dah nak puasa ni kan, boleh ajar anak memasak juadah fav diorang untuk berbuka. Anak Kak Jah yang kedua tu pun suka memasak, kalau Kak Jah masuk dapur ada je muka dia!

Sebenarnya banyak manfaat ajar anak memasak dan dedahkan mereka dengan kaedah ni masa muda tau. Nak tau apa manfaatnya, meh tengok!

Quality time

A picture containing person, indoor, table, food

Description automatically generated

Memasak ni memberikan waktu bersama yang jarang sangat kita dapat sebab sibuk dengan urusan seharian kan. Masa ni lah nak spend time dengan anak dan jadi kawan mereka. Seronok tau!

Menyediakan makanan membantu kanak-kanak untuk menghargai pengorbanan ibu bapa

A picture containing text

Description automatically generated

Si kecil kadangkala tidak terfikir dari mana datangnya sajian yang mereka makan setiap hari. Dengan aktiviti ini, mereka boleh memahami berapa banyak masa dan usaha yang perlu disalurkan oleh ibu bapa untuk menyediakan hidangan yang sihat dan sedap bagi seisi keluarga.

Memasak meluaskan palet si kecil

A picture containing person, table, sitting, indoor

Description automatically generated

Apabila seorang kanak-kanak itu menghasilkan hidangan dengan sendiri, besar kemungkinan dia akan makan hidangan berkenaan. Sekurang-kurangnya dia akan cuba, walaupun dia akhirnya tidak berkenan.

Lambat-laun, dia akan rasa selesa dengan idea mencuba sajian baharu. Mungkin selepas itu mindanya lebih terbuka. So takdelah isu anak tak cukup nutrisi atau anak cerewet makan!

Meningkatkan keyakinan

A person sitting at a table with a plate of food

Description automatically generated

Apabila seorang kanak-kanak berkata, “Saya masak sendiri,” dan orang lain pula kata masakannya sedap, dia akan rasa bangga dengan pencapaiannya. Pada masa akan datang, dia mungkin akan rasa lebih yakin untuk memasak, atau buat apa jua aktiviti. Haaa masa ni mommies pun tumpanglah bangga sekali hehe.

Memasak mengajar skil hidup yang asas tetapi penting

A group of people standing in a kitchen

Description automatically generated

Apabila anak sudah membesar dan hidup sendiri, ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana dia sudah pandai jaga diri. Bajetnya pun terkawal kerana dia tidak akan bergantung kepada hidangan luar.

Banyak manfaatnya jika anak tahu memasak, yang pasti dia akan mula faham mengenai makanan sihat! 

So malam ni tanyalah anak nak makan apa ajak mereka masak sekali. Selamat mencuba!