Tambah je cengkih dalam syampu rambut, rambut tak gugur!

Kaum perempuan ni memang ada je masalah berkaitan rambut betul tak. Paling biasa ialah masalah rambut gugur. Ada tu dah try macam-macam syampu tapi tak berkesan jugak. Haaa ni perkongsian daripada seorang wanita bernama Najwa Qadah ni menarik sangat Kak Jah rasa.

Sebabnya, Najwa hanya tambah bunga cengkih dalam syampu dia untuk atasi masalah rambut gugur dan berkelemumur.

Tak sangka, bunga cengkih ni bukan setakat guna untuk masak je. Rupanya ada kebaikan untuk kesihatan jugak.

Kata Najwa, tips ni diambil daripada orang Arab tau. Sebab tu lah rambut orang Arab ni ke main lebat dan sihat aje kan!

A picture containing food, sitting, close, table

Description automatically generated

Caranya pulak senang gila iaitu ambik aje beberapa tangkai cengkih dan letakkan dalam apa-apa syampu yang korang pakai.

Biarkan semalaman dan esoknya tu guna lah syampu macam biasa.

“Sebenarnya petua ini untuk lebat kan rambut tapi kesan dia banyak lagi. Najwa tak rasa gatal-gatal lagi bila pakai tudung waktu panas macam sekarang.

“Rambut tak berminyak, rasa kembang fresh gitu, rambut pun tak gugur berkilo-kilo!” katanya.

Kata Najwa, dia buat untuk syampu anak-anak iaitu jenama Johnson’s baby sebab rambut anak dia pun banyak gugur.

Wahhh menarik ni, tak payah lah berhabis duit duk tukar jenama syampu bila setiap syampu tak berkesan kan.

Kak Jah nak cuba lah! Korang pulak macam mana? Jangan lupa share dengan Kak Jah ya hasilnya nanti!