Hai uolls! Mommy Jay dah kongsi pasal tanda-tanda nak kenal meroyan atau postnatal depression kan, kali ni uolls kena tahu pulak bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?
Penting untuk kita ingat yang meroyan atau kemurungan posnatum boleh dipulihkan dengan bantuan yang sesuai. Antara kaedah rawatan yang boleh membantu adalah:
Terapi berbual
Berbincang dengan suami atau rakan. Jika terlalu sukar bincanglah dengan doktor, pakar psikiatri atau kumpulan sokongan.
Terapi perlakuan kognitif (TPK)
TPK boleh mengajar kita tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan.
Antidepresi
Ubat antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan. Tetapi pastikan ubatan diambil dengan nasihat doktor kerana takut menjejaskan kesihatan bayi yg menyusu badan.
Bagaimana kita boleh membantu diri sendiri?
Cuba dapatkan banyak rehat
Minta bantuan suami atau penjaga untuk menjaga bayi selama beberapa jam dan ambil kesempatan ini untuk mendapatkan rehat atau tidur yg secukupnya. Ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika berehat saja.
Makan makanan yang sihat dan seimbang
Selepas bersalin, badan kita memerlukan nutrisi yg banyak untuk memulihkan kembali tenaga. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. supaya tahap gula dalam darah tidak menurun.
Buat senaman ringan
Senaman akan membantu kita merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Berjalan-jalan dengan bayi sudah cukup membantu. Tidak perlu senaman yg terlalu berat. Yoga atau Pilates juga boleh menbantu tubuh untuk relaks.
Bergaul dengan ibu-ibu lain
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat kita rasa terasing, jadi, cuba untuk selalu bercakap dengan ibu-ibu lain, Berkongsi tips atau masalah dengan meraka boleh membantu meredakan tekanan.
Sayangi diri
Jaga diri supaya kita boleh menjaga bayi dengan baik. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa to enjoy yourself.
Pada ibu-ibu muda kat luar tu, Mommy Jay nak pesan. Jangan segan untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang rapat dengan kita terutamanya suami dan adik beradik perempuan untuk ringankan beban menjaga bayi. Sokongan praktikal, seperti membantu membuat kerja rumah, sudah boleh menolong mengurangkan depresi.
Kredit gambar utama: Unsplash.com
Anda mungkin berminat membaca:
https://sinaranwanita.com/rasa-letih-putus-asa-dan-muram-awas-tanda-tanda-awal-meroyan/