Walaupun dah ikut resepi yang disuruh, kes kek bantat atau tak menjadi mesti akan berlaku juga. Sedangkan orang yang berpengalaman pun boleh terkena, apatah lagi Kak Yana yang newbie dan sangat amatur dalam bidang buat kek ni.

Kecewa tu tak payah cakap, memang tahap kalau boleh tak nak pandang langsung dah kek tu. Pergi jauh-jauh. Korang sependapat tak dengan Kak Yana?

Lepas daripada tu, Kak Yana jenuhlah Google nak tahu sangat kenapalah kek Kak Yana tu tak menjadi. Hasil carian Kak Yana, ada beberapa perkara yang Kak Yana nak share dengan korang supaya korang tak jadi macam Kak Yana.

Ada 5 situasi dan punca kek tak menjadi:

1. Bahagian tengah tenggelam

Kredit: Rasa
  • suhu oven terlampau panas, jadi adunan kek dipaksa naik dengan cepat dan kemudiannya tenggelam
  • pintu oven kejap kejap dibuka
  • sukatan bahan tak tepat
  • bakar kek bukan dalam masa yang ditetapkan
  • mentega dan gula tak sebati

2. Kek naik tak sekata

Kredit: Keluarga
  • suhu oven tak panas atau terlampau panas
  • bancuhan tepung tak sebati
  • loyang tak sesuai dengan oven
  • adunan terlebih daripada separuh loyang

3. Kek tenggelam teruk (kek bantat)

  • suhu oven terlampau panas
  • kek terlalu lama dibakar
  • adunan dipukul tak cukup kembang

4. Kek naik & merekah

Kredit: Chef Obi
  • loyang terlampai kecil
  • suhu terlampau panas
  • oven terlampau panas
  • kedudukan loyang tak centre
  • kurang cecair

5. Kek keras & kering

  • gula & mentega tak dipukul sampai gebu
  • terlebih tepung gandum
  • tak cukup cecair
  • pukul terlalu lama lepas masukkan tepung 
  • bakar terlampau lama 

Setakat ini Kak Yana share dulu 5 situasi kek tak jadi yang selalu korang hadapi. Jadi lepas ini kalau ada yang selalu kena macam 5 dekat atas ni bolehlah adjust lepas dah tahu puncanya datang dari mana kan.

Nak masak kek ni kena banyak sabar. Sebab kek bukan macam lauk yang boleh kita main campak-campak tau.

Jadi antara kek dengan lauk, korang lebih prefer yang mana? Kalau Kak Yana, Kak Yana pilih lauk. Sebab Kak Yana jenis tak reti ikut sukatan bahan. Memang memanjang tak jadi jelah kalau Kak Yana buat kek.

Nanti kalau ada yang dah cuba adjust gunakan punca daripada perkongsian Kak Yana ni bolehlah korang share dengan Kak Yana dekat komen bawah post ni.

Selamat mencuba!

Kredit gambar utama: Kooky Bakes