Sembelit Susah Nak Membuang? Ini Makanan Yang Kena Korang Makan & Elak

Korang ada masalah nak poo poo? Kadang-kadang nak membuang pun sampai kena bertapa dalam bilik air berjam-jam tapi rasa macam tak ada apa pun yang keluar. Seksanya hanya Tuhan jelah yang tahu.

Bila banyak sangat tersimpan benda kotor dalam badan, badan pun jadi tak sedap. Lemau memanjang. Nak buat kerja pun jadi tak best. Sebab tulah korang kena tengok balik apa yang korang makan. Diet tu sesuai ke tak.

Keadaan usus orang normal & orang sembelit

Kalau korang nak tahu, risiko sembelit ni akan meningkat bila korang lagi berusia bila usus kurang bergerak yang jadikan korang susah nak buang segala kotoran yang dipanggil najis tu.

Jadi Sis Yana ada benda nak share untuk korang yang ada masalah sembelit ni.

1. Air & sup panas

  • Banyakkan minum air supaya najis yang keras dan kering dekat usus tu boleh dilembutkan.
  • Banyakkan ambil sup-sup panas yang tinggi khasiat contohnya sup ayam yang dimasak bersama sayuran. Nak lagi best tambahkan herba

2. Yogurt & Produk susu

  • Haa, yogurt pun penting tau sebab ada bakteria baik probiotik yang boleh membantu meningkatkan kesihatan usus dan lembutkan najis. Banyak produk makanan yang berasaskan susu ada bakteria baik probiotik ni.
Kredit: Washington Post

3. Buah-buahan & Sayuran

  • Untuk elakkan masalah sembelit berlaku lagi, korang kena mula amalkan pemakanan sihat. Lebihkan buah-buahan dan sayuran.
  • Jadikan buah-buahan yang tinggi serat macam jambu batu, tembikai, kiwi sebagai keutamaan sebab makanan tinggi serat ni membantu proses pembuangan tau.
  • Sayur pun jangan lupa ambil. Tiap kali makan, pastikan ada hidangan sayur sebagai pelengkap hidangan.

4. Karbohidrat

  • Nak elak masalah sembelit, kena kurangkan makanan yang berkarbohidrat dan kering.

Bukannya tak boleh makan, kena kurangkan sikit dan lebihkan pada sayuran dan buah.

  • Contohnya makanan yang berasaskan tepung gandum macam roti dan kuih.
  • Kalau banyak makan karbo, pastikan korang banyak minum air juga.
Kredit: NPR

5. Exercise

  • Tak boleh nak nafi masalah sembelit ni jadi bila korang malas exercise. Lepas makan, terus tersandar dekat kerusi. Mana tak nya jadi sembelit.
  • Ubah sikit gaya hidup korang tu, buat exercise naik turun tangga pun dah okey. Tak pun petang-petang pergilah jogging ronda kawasan perumahan korang tu.

Sis rasa cukuplah takat ni sis bagi tip nak elakkan sembelit. Kalau korang ada tip hilangkan sembelit yang rare dan menjadi, share-sharelah sikit dengan sis dekat Sinaran Wanita ni. Mana tahu orang lain boleh cuba juga.

Tapi kalau korang memang jenis malas juga nak buat yang sis bagi ni, bolehlah pergi farmasi beli ubat cairkan najis. Tapi kena ingat, kalau makan ubat tapi gaya hidup tak ubah, tetap sama je masalah datang tau.

Tak pun untuk selamat, pergilah jumpa doktor kalau sembelit tu berpanjangan. Sebab sembelit ini pun sebenarnya salah satu tanda-tanda penyakit juga tau.

Tepuk dada tanyalah perut – nak sembelit sampai bila.

Kredit gambar utama: Kolestro