Ingat hari tu dah makin ok, sekali nombor penularan #Covid19 makin naik pulak. PKP lagi ler kiter. Terkejut jugak Mommy Jay bila kerajaan umumkan tarikh PKP. Iya la, biasa 2 minggu sekali baru umum, tapi kali ni dia kasi 4 minggu terus!

Pergerakan terbatas dan duduk di dalam rumah sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada perasaan dan emosi seseorang. Mommy Jay pun kadang-kadang rasa sangat tertekan dengan situasi ni. Paling susah sebab tak boleh balik kampung! Sedih! Ada juga antara kita yang akan rasa sedih dan stress memandangkan kebanyakan daripada kita baru nak kembali pada norma biasa. Ramai yang rasa bosan, sunyi dan ‘mati kutu’ kerana perlu ‘terperuk’ di rumah.

Pesan Mommy Jay, kita kena pandai kawal emosi, kalau tak bukan kesihatan fizikal jer yg akan terjejas tapi kesihatan mental juga boleh terkesan. Ini antara yg kita boleh buat utk stabilkan keadaan.

Eratkan hubungan dengan family, rakan

Rajin-rajinkan diri untuk bertanya khabar keluarga serta rakan anda meskipun tidak dapat berjumpa secara bersemuka. Jangan sesekali ‘memencilkan’ diri.

Duduk di rumah bukan bermakna seseorang langsung tidak boleh bersosial. Buatlah panggilan video, skype atau manfaatkan apa sahaja teknologi untuk terus berhubung bersama rakan-rakan dan keluarga agar tidak berasa sunyi.

Pemakanan seimbang

Jgn ambil mudah apa yang kita makan! Bila kat rumah, kena ambil makan sihat utk kurangkan stress pasal berat badan naik. Dengan mengikut kaedah pemakanan yang betul, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan malah memberi kesan baik kepada kesihatan mental seperti pengambilan asid lemak omega-3.

Tidur berkualiti dan dapatkan rehat yg mencukupi

Seperti makan, tidur juga sangat penting dan manusia memerlukan waktu tidur sekurang-kurangnya enam ke lapan jam sehari. Ambilah peluang yang ada untuk rehatkan badan dan minda anda.

Pada ibu-ibu yg ada anak kecil, cuba untuk dapatkan bantuan dari suami atau anak yg lain supaya kita dapat rehat. Jgn biar stress mengganggu kita.

Kerap bersenam

Walaupun PKP sedang dijalankan, itu tidak bermakna tak boleh bersenam langsung. Pilihlah jenis senaman yang sesuai dan boleh dilakukan di rumah. Apa-apa pun yang paling penting kita seronok melakukan senaman tersebut.

Berfikiran positif

Inilah masa untuk melatih diri supaya sentiasa berfikiran positif. Elakkan daripada membaca atau mendengar perkara-perkara yang memberikan kesan negatif kepada emosi.

Ia perkara mencabar, tetapi ia tidak mustahil dan sentiasa tanya pada diri bahawa sekarang adalah masa paling sesuai untuk sentiasa berfikiran positif.

Hobi serta ibadah

Mengulang (dengar atau menonton) isu yang sama berkali-kali boleh menjejaskan emosi. Alihkan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih menyeronokkan. Bagi mengelakkan perasaan risau dan sedih menguasai diri, isi masa lapang anda dengan aktiviti atau hobi berfaedah seperti melukis, memasak, menulis, bermain alatan muzik atau membaca.

Kita pun kena bijak mengurus kewangan serta perbelanjaan bagi persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku selepas ini. Ambil peluang untuk belajar perkara baharu sepanjang tempoh PKP ini utk tingkatkan kebolehan diri

So ingat yer, PKP kali ni sampai 6 Disember 2020. Harap-harap kali ni dapat putuskan terus rantai penyebaran Covid-19 dalam kalangan masyarakat. Paling penting ketika ini, sama-sama kita patuhi perintah dikeluarkan kerajaan. Kalau tiada urusan penting, duduk rumah dan ikut SOP kalau berada diluar. Kena disiplinkan diri supaya dapat kawal penularan #Covid19. Yg penting #kitajagakita dan #StaySafe! 

Kredit gambar utama: freepik.com