Hai ladies! Pepagi tadi adik Mommy Jay share posting Dato’ Fadzilah Kamsah dlm family grup, siap ada #belumterlambat gitewww. Agaknya dia nak kakak2 dia baca dan follow nasihat Tok Abah la tew.
Mula-mula baca tu ‘panas’ juga, maklumlah perkara pertama yg terlintas kat kepala… perempuan lagi. Lelaki pulak cam ner? Tapi bila pikir balik ada jugak betulnya. Kalau nak pasangan yg baik dalam perkahwinan, diri sendiri kenalah betul dulu yer dakk.
Apa2 pun meh Mommy Jay kongsi jugak ngan korg semua pasal 10 ciri-ciri isteri idaman suami. Ini bukan Mommy Jay yg cakap, tapi Tok Abah Fadzilah Kamsah punya list.
Berapa points yg kena ngan kita?
1. Kecantikan Dalaman
Selalu dgr org cakap pasal inner beauty ni. Kalau dalaman (hati) cantik, perilaku wanita tu pun cantik juga. Lemah lembut tapi dlm masa yg sama ada prinsip dan nilai untuk kejar cita-cita, cipta nama dan kukuhkan kewangan sendiri. Biasanya yg cantik dalaman nyer ni tak ikut hawa nafsu, bersangka baik dan tidak menuntut sesuatu yg bukan miliknya. Of coz kalau cantik dalaman, kat wajah automatic terserlah nurnya. Cam Neelofa ler…comey kan.
2. Keanak-anakan
Lelaki suka wanita yang manja. Ingat… manja bukan mengada-ngada. Sifat semulajadi lelaki kan suka membela, menjaga, melindungi dan membimbing. Jadi wanita yang keanak-anakan dan manja memang sesuai sgt lah. Tapi tak pulak lah diorg ni suka jenis yang tak matang sebab yang tu buat diorg menyampah. Contohnya, bercakaplah dengan nada yang lemah lembut dan perilaku yang sopan santun.
3. Berpegang Kepada Agama
Berpegang kepada agama akan mengangkat martabat diri seorang wanita. Rasullulah menekankan, pilihlah yang beragama kerana agama menjadi kekuatan wanita melindungi maruah diri demi suami tercinta.
4. Bijaksana
Lelaki suka wanita yg pandai bukan memandai-mandai. Paling ideal yg bijak tapi tak suka menunjuk. Ha, yg tu paling syok. Kalau suka menunjuk dia pandai, takut nanti mencabar ego lelaki. Ini buat lelaki menyampah dan tak berani nak dekat.
5. Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki. Mulut wanita yang suka mengkritik, besar-besarkankan perkara kecil, berceloteh benda yang sama dan bercakap tentang sesuatu yang tidak berasas memang menjengkelkan lelaki. Ini nasihat Tok Abah yer, wahai wanita, berkatalah dengan perkataan yang indah, menghiburkan dan bermanfaat sahaja.
6. Memahami Lelaki
Jadilah wanita yang peka dan mempunyai gerak hati yang kuat untuk memahami lelaki. Idealnya wanita dalam kepala lelaki tu adalah yang mampu memahami situasinya dalam suka dan duka dengan membaca riak wajah tanpa perlu berbicara. Lepas tu cuba utk menghiburkan dan memberikan semangat dan kekuatan.
7. Tidak Terlampau Cemburu
Lelaki tidak suka wanita yang suka mengongkong dan cemburu buta. Jangan suka membuat tuduhan yang beremosi tanpa bukti yang kukuh. Lebih elok bersangka baik dan berbincang dengan cara yang paling berhemah sebelum membuat tuduhan melulu.
8. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang sentiasa bersopan santun, manis wajah, sentiasa senyum, menutup aurat, ramah mesra dan menundukkan pandangan secara tidak langsung, akan mendamaikan perasaan lelaki.
9. Pandai Menaikkan Semangat Dan Motivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi. Wanita ini bukan sahaja jadi dorongan kepada suami, malah berbakat menjadi ibu yang mampu merangsang anak-anak jadi cemerlang.
10. Sabar
Lelaki suka wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Ideal untuk suami, kalau ditimpa kesusahan, datang isterinya dan berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?
Kredit gambar utama: freepik.com