Takde baju nak pakai? Masa untuk wardrobe upgrade ladies! September  ini, Love, Bonito mengabadikan daya tarikan warna-warna peralihan musim dengan pakaian asas serba guna, lapisan bertekstur dan pakaian luar. Setiap satunya direka dengan teliti untuk memberi inspirasi untuk kita mencipta kegembiraan ketika bermimpi, menari, berseronok atau berjemur di bawah sinar matahari musim luruh. 

Kiri ke Kanan: Wyatt Cotton Oversized Button Down Shirt (Salmon) & Vida Denim Barrel Jeans (Hitam); Kolin Relaxed Tweed Vest (Sage) & Xavia Denim Straight Leg Pants (Light Denim Washed); Gerty Tailored Tie Back Blazer (Kuning Air) & Bradie Denim Flare Jeans (Medium Denim Washed) 

Material pilihan Love, Bonito kali ini menampilkan gabungan bahan kapas, tweed dan denim untuk keselesaan dan efek lebih menyejukkan bagi si pemakai. Yang terbaik sekali? Pakaian serba-boleh ini dibuat dengan teliti daripada bahan-bahan yang sesuai untuk pemakaian berulang kali walaupun selepas escapade anda. Wyatt Cotton Oversized Button Down Shirt yang berwarna terang dan kombinasi Vida Denim Barrel Jeans yang longgar menawarkan keselesaan dan fleksibiliti tanpa had sepanjang hari.

Untuk hari yang penuh dengan berjalan , pilihan denim seperti Xavia Denim Straight Leg Pants atau Bradie Denim Flare Jeans adalah disarankan. Lengkapkan penampilan dengan Kolin Relaxed Tweed Vest dalam warna hijau sage moden atau Gerty Tailored Tie Back Blazer yang boleh dipakai dengan pelbagai cara, direka dengan bukaan sisi langsung dan ikatan boleh tanggal untuk siluet yang mengetat pinggang ataupun pakaian santai. 

Kiri ke Kanan: Almita Asymmetric Button Down Vest (Kelabu) & Brietta Tailored A-line Shorts (Kelabu); Sitti Relaxed V-neck Blazer (Merah Jambu Muda), Thalie Tailored Wide Leg Pants (Merah Jambu Muda) & Veera Cropped Tank Top (Putih); Almita Asymmetric Button Down Vest (Popcorn) & Sitti Relaxed V-neck Blazer (Popcorn)

Love, Bonito juga mengilhamkan pilihan set pakaian pejabat yang akan membuat pemakai tampak lebih profesional dan tenang (walaupun semasa panggilan Zoom selama 3 jam!). Anda boleh memilih Almita Asymmetric Button Down Vest yang mempunyai reka bentuk depan asimetri leher-V klasik untuk confidence booster ketika pembentangan dan mesyuarat. Tona merah jambu muda dan putih kuning bertih jagung juga sengaja dipilih untuk mengelak Monday blues! Sesuai untuk merangsang mood!

Tiada keperluan untuk berkompromi apabila anda mempunyai yang terbaik dari kedua-dua dunia. Love, Bonito menjanjikan penampilan yang bergaya tetapi selesa (dan tentu sekali bagasi yang lebih ringan)!   

Bagi ladies yang ingin tampil dengan pelbagai gaya, terdapat dress dengan garis leher duo serba-boleh, yang direka untuk dipakai sama ada di depan atau di belakang. Evita Fitted Knit Top direka dengan kedua-dua leher V dan leher bot, manakala Issie Knit Column Midi Dress Knit mempunyai leher bulat dan leher V. Kedua-dua pakaian ini dibuat daripada material yang meregang untuk pemakaian sesuai dengan bentuk badan tanpa menghalang pergerakan.  

Dottie Button Down Midi Trench Coat pula adalah coat 3-dalam-1 yang direka untuk dipakai sebagai trench lengkap, luaran pendek, atau tanpa lengan. Essential kan! 

Sama ada untuk staycation dalam negara atau kembara ke Eropah, Koleksi September Love, Bonito adalah apa yang anda perlukan!  

Koleksi September Love, Bonito dijual pada harga dari RM105 dan dijual secara dalam talian bermula 4 September 2023.Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lovebonito.com/my