Siapa je tak kenal dengan brand Cadbury. Kaya dengan rasa coklat premium dalam setiap gigitan, sis paling ternanti dorang punya coklat edisi terhad. Memang rare dan one in million betul.

Yang terbaharu ni, Cadbury tampilkan rasa kuih pandan kelapa dalam bentuk coklat. Teruja betul sis nak mencuba dan rasanya serius tak tipu memang sedap!

Kalau korang nak tahu, dengan perisa baru ni Cadbury Malaysia nak bangkitkan sifat murah hati rakyat Malaysia untuk sokong penjual kuih tempatan yang terjejas dengan wabak yang melanda dunia menerusi satu inisiatif bertemakan #MYCadburyFlavours.

Caranya macam mana? 

Gunakan je hastag #MYCadburyFlavours tu bila korang share gambar kedai kuih atau pun penjual kuih fevret korang dan jangan lupa tag @Cadbury_MY

Pinkan juga lokasi dan nama kedai tu supaya lebih mudah orang nak datang. Dan dengan hastag tu jugak korang boleh cari kedai-kedai best yang boleh korang try nanti.

Nak tahu lebih lanjut pasal kempen ni, boleh layari www.cadbury.com.my , www.facebook.com/CadburyMalaysia atau www.instagram.com/Cadbury_MY .