Ramai yang tak tahu, kerang sebenarnya boleh juga dijadikan kerabu. Mungkin sebab dia jenis yang bercengkerang jadi tak ramai yang berani mencuba buat menu di luar kebiasaan.

Kredit: @SpongeBobCatz

Jadi hari ni sis Yana nak share resepi dari puan Nor Khomariah Norrohman macam mana nak buat resepi kerabu kerang Thai yang sedap sampai boleh menjilat jari uols!

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kerang
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
  • 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
  • 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula melaka @ nisang) 
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Rebus kerang seketika. Pastu rendam sekejap dlm bekas berisi ais. Tujuannya supaya kerang cantik terkupas. Hanya patahkan sebelah kulit kerang dan sebelah lagi dibiarkan bersama isi yang akan kita pakai.
  2. Tumbuk cili padi dan bawang besar hingga agak halus.
  3. Kemudian masukkan gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
  5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul kerang bersama sambal cili atau nak tuang sahaja di atas kerang. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.

Senang je kan? Sis rasa kalau buat kerabu kerang ni memang tak jadi lauk pun. Ratah gitu sekejap je habis. Jadi korang kena sediakan juga lauk tambahan lain tau.

Kredit: Nor Khomariah

Terima kasih puan Nor Khomariah sebab share resepi yang enak gila ni. Korang jangan lupa untuk cuba tau. Nanti share hasilnya dengan kami dekat Sinaran Wanita ni.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman

Kalau korang risau kulit kerang kotor ke, korang boleh baca: 
Jom Cuba Tips Cuci Kerang Gerenti Putih