Terliurrrr! Boleh follow je resepi ni untuk menghilangkan craving korang pada kek coklat kukus.

Kek coklat kukus merupakan antara kek yang digemari ramai. Kenapa? Mungkin kerana rasa kek yang ‘moist’ kesan dikukus dan rasa coklat yang cair di mulut. 

Sis share ngan korang resepi mudah ni. Boleh ler tunjuk skill kat kengkawan.

Bahan – bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak  hingga larut. Gunakan api perlahan. Ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran yang telah dimasak ke dalam adunan telur.
  4. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul-ketul. Masukkan dalam loyang yang telah disapukan marjerin untuk mengelakkan kek melekat.
  5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  6. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya wap air  tidak terkena pada kek.
  7. Kukus kek selama 1 jam.

Inilah hasilnya kemudian keluarkan daripada loyang dan salutkan dengan topping yang telah disediakan,

  Bahan – bahan topping: 

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu mentega

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut. Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang ke atas kek.

Senang sahaja sebenarnya nak buat kek kukus ni sebab tidak perlu bakar dan bahan-bahannya pun mudah. Rasanya plak umphh memang ternaikla orang cakap! Sekali cuba mau lagi. Jomla try buat!