Pisang goreng, keropok lekor ataupun kuih-muih merupakan antara juadah biasa yang selalu dihidangkan ketika minum petang di setiap rumah. Ini juga merupakan antara menu kegemaran ramai dan senang untuk dibeli di kedai-kedai.

Tapi dekat Kelantan ada satu lagi yang viral, wajib uols try, iaitu nanas goreng! Jom tengok macam mana nak buat resepi ni. 

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung beras ( cawan teh)
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu air bancuhan air kapur
  • 1 biji telur
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Air jangan terlalu banyak
  • Pewarna kuning telur

Cara-cara: 

  1. Campurkan tepung beras dan tepung jagung
  2. Letakkan air bancuhan air kapur
  3. Kemudian masukkan telur
  4. Masukkan sedikit gula dan garam
  5. Kemudian masukkan air tetapi jangan terlalu banyak
  6. Masukkan pewarna kuning telur
  7. Masuk nenas pada bancuhan dan sedia untuk digoreng

Siap!

Sumber: Kuali Viral

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun