Hai ladies! Dua tiga hari ni kecoh pasal kes rogol melibatkan org yg kira femes ni. Mommy Jay tak nak cakap lebih2 pasal kes pun masih dalam siasatan. Tapi kalau dah lebih 3 perempuan cakap diorang jadi mangsa, kenalah check dak. Takkan pasal dia ada ilmu, kita pejam mata jer. Pada yg sokong dia ni Mommy Jay sarankan sabar dulu. Kena pikir gak apa yg mangsa dia rasa sebelum jatuh hukum kata perempuan tu yg cari nahas. Kena sensitive sikit. Kalau kena kat family kita, mungkin korg pun tak create grup utk sokong si dia tu.
Mommy Jay nak share kat sini 5 bende yang mangsa rogol/serangan seksual jgn buat. Bukan apa, kita org perempuan jgn naif sangat. Tak kira dai’ ke, siak ke, peguam ke…waima kawan baik sekali pun. Selagi namanya lelaki, nafsu tetap ada yer sistur. So kenalah berwaspada. Memanglah kalau namanya tak rela mesti ada rasa jijik dengan insiden yg jadi kan. Tapi 5 perkara kat bawah ni memang kena elak supaya pihak berkuasa boleh cekup org yg perangai cam setan ni dan humban dlm penjara.
1. Bersihkan diri/mandi
JANGAN mandi! Mommy Jay paham, mangsa akan rasa geli sebab diperlakukan sebegitu rupa, tapi dengan mandi, bukti penting akan terhapus. Pihak berkuasa perlu melakukan proses pengesahan air mani, melalui teknik ‘Hair combing’.
Bukan nak kesan air mani jer tapi juga gentian fiber, benda asing serta bulu pelaku (jika ada) pada rambut di kepala dan di bulu kemaluan.
Teknik kedua dengan ‘Hair plucking atau cutting’ yang dibuat dengan cara mencabut rambut di kepala dan mencabut bulu kemaluan untuk dijadikan sampel.
2. Gosok gigi
JANGAN gosok gigi! Tindakan ini boleh memusnahkan bukti penting seperti air mani dan darah jika berlaku seks oral serta air liur pelaku.
Seks oral bermaksud aktiviti-aktiviti seks menggunakan mulut dan lidah.
3. Makan dan minum
JANGAN makan atau minum sehingga habis buat report dan pemeriksaan. Elak juga memasukkan sesuatu ke dalam mulut. Ini penting utk mengesanan air mani jika berlaku seks oral sekurang-kurangnya dalam tempoh 72 jam.
4. Tukar/basuh pakaian
JANGAN tukar pakaian terutamanya seluar dalam bagi menjalankan pengesahan air mani pada ‘sanitary pads’ dan seluar dalam.
Kalau terpaksa tukar juga, simpan pakaian (termasuk pakaian dalam) yang dipakai semasa kejadian dan bawa ke hospital. Ada kemungkinan air mani serta DNA pelaku masih tersisa.
5. Tunggu lama-lama
JANGAN tunggu lebih 48 jam sebelum berjumpa doktor atau buat laporan polis. Pemeriksaan segera oleh doktor penting bagi mendapatkan bukti yang kukuh terhadap pelaku. Kemudian, buat laporan polis secepat mungkin.
Kalau tunggu lama sangat, ada kemungkinan sampel DNA atau air mani perlaku dah tiada. Pastikan pergi bersama dengan orang yang dipercayai untuk pemeriksaan doktor / polis.
Mommy Jay harap ladies kat luar sana berhati-hati. Harap-harap benda camni tak jadi kat kita. Elak untuk berada dalam keadaan yg memungkinkan kita jadi mangsa. Kalau ada org yg kita kenal jadi mangsa, bantu dia untuk buat laporan, barulah betul #KitaJagaKita. Be careful ladies!
Kredit gambar utama: freepik.com