Sagu gula Melaka memang pemanis mulut yang digemari ramai orang. Nak pulak kalau dapat makan sejuk-sejuk. Fuh, kecur beb!
Tapi bila buat sendiri, ada masalah sagu bergumpal. Jadi bila nak makan tu rasa tak bestlah sebab tak cantik kan? So, kali ni sis nak share sikit cara supaya sagu korang tu elok je cantik bulat dan tak hancur.
- Tak payah basuh sagu. Terus je masuk dalam air separa mendidih. Bila korang basuh tu yang jadi punca sagu lembik & bergumpal. Jangan risau, tak kotor punyalah sagu korang tu.
- Jangan asyik kacau je. Jangan pula korang biar je sagu tu. Sekali sekala je kacau nak elakkan sagu melekat satu sama lain.
- Bila sagu dah nampak macam jernih, maknanya dah masak la tu. Korang tapiskan sambil lalukan bawah air paip. Air paip ni bantu untuk kenyalkan sagu tadi dan kekalkan tekstur dia.
- Terus masuk dalam air bila dah siap tapis dan tos semula sebelum korang warnakan dengan pewarna makanan.
Senang je kan? Bolehlah cuba nanti. Visual pun nampak lagi menarik bila sagu dah tak bergumpal.
Selamat mencuba!