Yang bergelar ibu mesti faham perasaan yang sentiasa nak bagi susu badan banyak supaya anak-anak yang menyusu kenyang. Kalau tengok ibu-ibu yang ada anak dah umur setahun tapi susu masih banyak, mesti rasa cemburu.
Buat ibu yang selalu rasa cemburu tengok susu badan ibu ibu lain banyak, sini sis nak share sikit makanan apa yang boleh ibu amalkan untuk dapatkan yang sama.
1. Banyakkan ambil makanan yang ada vitamin B macam kekacang.
2. Makan buah jambu batu.
3. Banyakkan ambil sayuran hijau dalam makanan, contohnya macam sawi dan kucai. Cari menu sayur hijau yang sedap tapi sihat dan amalkan setiap hari.
4. Ambil oat sebagai sarapan. kandungan gandum dalam oat akan buatkan susu ibu jadi lebih banyak. Nak elak bosan, bolehlah tambahkan dengan buahan segar atau kekacang.
5. Jangan tinggalkan madu. Gunakan sebagai ganti gula. Kalau boleh gula pun gantikan dengan madu.Tak pun kurma dan kismis.
6. Banyak makan ulam contohnya macam pegaga. Boleh jugak buat jus, campurkan dengan madu atau lemon untuk balancekan rasa pahit tu.
7. Jadikan halba bahan tambahan dalam makanan atau minuman. Selain dari boleh buang angin dalam badan, kuantiti susu akan diperbanyakkan lagi.
8. Pastikan pengambilan air dalam sehari tu mencukupi.
Susu badan ni bukan je kuantiti yang penting. Tak best juga kalau susu banyak tapi cair je. Maknanya dalam susu ibu tu tak ada nutrisi pun untuk baby. Kesannya kesihatan baby terjejas.
Elakkan jugak stress atau pun fikir yang negatif supaya badan dapat function nicely untuk produce susu.
Kalau susu badan tak banyak, jangan pulak ibu rasa rendah diri. Kena faham setiap orang kemampuan mereka lain-lain. Yang penting, enjoy je momen momen dengan anak-anak membesar.
Ingat, happy happy je tau!