Untuk jimatkan kos, ramai yang cuba buat makanan kucing sendiri. Bukan sahaja dapat cut cost, tapi jugak lebih sihat dan penuh dengan nutrisi yang diperlukan si comel.
Nak buat makanan kucing homemade tak salah, tapi ada benda yang selalu orang terlepas pandang dan tersilap. Haa, meh sini sis bagitahu apa salah yang selalu orang buat masa masak makanan kucing homemade:
1. Tak bagi nutrient penting
Ada beberapa nutrient penting yang selalu tak ada pada makanan homemade, antaranya:
- niacin (B3) dan thiamine (B1) yang mudah hilang masa proses memasak, jadi perlu ditambah sama ada lepas proses memasak atau memanas.
- Vitamin A bukan beta carotene – kurang vitamin A boleh jadikan kucing korang berisiko jadi buta.
- kalsium – kalau kucing makan daging tanpa kalsium, kucing berisiko ada masalah tulang
2. Tambah suplemen sebelum proses masak atau kisar
Kalau suplemen ditambah sebelum korang masak atau kisar makanan tu, segala nutrient penting yang ada akan hilang. Jadi korang kena tambah supplement lepas dah masak atau kisar.
3. Terlebih supplement
Supplement memang bagus tapi jangan sampai terlebih dos pulak sampai jadi racun dekat kucing dan sebabkan kucing korang alami masalah kesihatan lain.
4. Tambah bahan yang tak patut kucing makan
Korang kena tahu, tak semua benda kucing boleh makan walaupun korang rasa sebenarnya makanan tu sihat. sebagai contoh kismis, tomato dan anggur. Walaupun dekat manusia 3 makanan ni bagus, tapi untuk kucing, dia dah jadi toksik. Sama juga macam makanan berserat yang lain.
Jadi lepas ni kalau korang nak buat makanan kucing homemade, rujuk dulu dengan doktor. apa yang bagus dan tidak untuk si bulus kesayangan korang. Atau nak senang, beli je makanan kucing yang dah ada dalam pasaran tu.
Mudah dan sihat, walaupun kosnya tinggi sikit.
Korang juga mungkin berminat nak baca: Jangan Ambil Kalau Tak Nak Jaga! Buang Kucing Peliharaan Boleh Didenda Hingga RM100 Ribu