Ramai orang kurang suka makan bendi sebab lendir dia. Betul tak? Ya, sis pun alami masalah yang sama. Lendir bendi tu kadang-kadang buat kita rasa tak selesa sampaikan terasalah macam nak tercekik.
Jadi hari ni sis nak share sikit cara untuk hiangkan lendir bendi supaya korang dah boleh makan tanpa risau pasal lendir dia dah.
Antaranya korang boleh:
1. Lepas je potong bendi, basuhkan bendi dengan air asam jawa. Kalau korang nak rendam sekejap pun boleh.
2. Dah potong bendi, cuci dan bersihkan macam biasa. Lepas tu gaulkan kejap dengan garam sebelum cuci macam biasa.
3. Rendam bendi yang dah dipotong dengan cuka makanan. Tapi jangan banyak sangat. Masa rendam tu pun sekejap je kalau tak nanti rasa bendi dah lain bila rendam lama sangat. Toskan dan cuci macam biasa sebelum masak.
4. Jangan potong kecil bendi. Korang potong je bahagian kepala dengan sikit ‘ekor’ bendi. Lepas tu cuci bersih dan masak macam biasa. Bila tak potong, lendir pun tak keluar.
5. Goreng bendi tanpa minyak sampailah lendir tu kering.
6. Potong bendi bila dah nak guna. Jangan nak masak untuk tengah hari, pagi lagi korang dah siang bendi. Memang berlendirlah korang punya bendi.
7 Bila dah cuci bendi, lap kering bendi dengan kain bersih. Nanti lendir tu banyaknya akan meresap dekat kain.
Mudah je kan? Jadi lepas ni bolehlah korang masak bendi tanpa lagi perlu risau pasal lendir.
Rugi tau kalau tak makan bendi sebab khasiat bendi ni memang banyak antaranya rendahkan kolestrol, kurangkan asma, kawal penyakit kencing manis, naikkan sistem imun dan cegah penyakit buah pinggang.
Jadi, selamat mencuba!