6 jenis makanan dengan khasiat luar biasa untuk wanita

Kata orang, penjagaan diri ni bermula dengan makanan, sebab tu lah orang putih selalu cakap ‘we are what we eat’ betul tak?

Jadi, sebab tu lah pentingnya jaga pemakanan ni mommies. Kalau nak cantik dan kekal sihat, penjagaan yang paling utama haruslah bermula dengan makanan, yang lain2 tu semua sampingan je.

So harini Kak Jah nak share 6 jenis makanan superfood iaitu makanan yang bagi banyak manfaat kesihatan buat wanita.

1.   Greek yoghurt / Dadih greek

A picture containing table, wooden, indoor, plate

Description automatically generated

Kaya dengan probiotik, ianya baik untuk otak dan usus dan mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

Dadih Greek mengandungi 448mg kalsium, bermakna kuantiti kalsium lebih banyak daripada susu. Makanya, lebih baik berbanding susu untuk kuatkan tulang!

2.   Lemak ikan

A piece of food on a plate

Description automatically generated

Wanita harus memperbanyak pengambilan ikan seperti sardin. Kalau berkemampuan, boleh masukkan ikan salmon dalam senarai makanan wajib makan.

Pengambilan lemak ikan ini dapat menghindarkan wanita daripada penyakit jantung, strok, lupus, artritis dan nyanyuk.

3.   Kekacang

A picture containing food, nut, fruit, banana

Description automatically generated

Kacang dal, kacang kuda, kacang merah dan hitam termasuk dalam jenis makanan ’superfood’.

Isoflavon dalam kekacang ini mampu menstabilkan hormon. Ia juga membantu kelancaran ketika wanita datang haid, perimenopaus dan menopaus.

4.   Avokado

A bowl of fruit on a plate

Description automatically generated

Sejenis buah-buahan yang cukup enak dibuat jus, salad dan rampai dalam masakan Barat. Avokado kaya dengan folat, magnesium, kalium (potassium), protein, vitamin B6, E dan K. Avokado mengandungi lemak sihat dengan lebih daripada 20 kebaikan.

5.   Sayuran berdaun hijau

A broccoli plant in a garden

Description automatically generated

Sangat baik diamalkan ibu hamil kerana kaya vitamin K, C, E dan B serta tinggi kandungan antioksidan. Kandungan vitamin pada sayur membantu mengurangkan risiko obesiti, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan juga masalah hilang ingatan.

6.   Buah beri

A cake with fruit on top of a table

Description automatically generated

Tidak kisahlah sama ada beri biru, beri hitam atau strawberi, semua jenis beri ini kaya dengan antosianin atau antioksidan kuat.

Antosianin adalah pigmen tumbuhan yang merangsang kesuburan sel baik dan minda. Kalau rasa masam sangat untuk dimakan begitu sahaja, boleh jadikan sebagai dessert!

Selamat mencuba!