Visual cendawan hitam ni selalu jadi punca ramai orang tak berani nak cuba makan. Betul tak? Kalau korang nak tahu, cendawan hitam atau black fungus ni banyak ditemui dalam masakan cina.
Khasiat dia memang banyak, antaranya:
- kandungan antioksidan tinggi
- galakkan pengaliran darah
- rendahkan kolestrol
- rawat buasir
- elakkan tumor
Macam mana nak masak cendawan hitam ni?
1. Korang kena rendam dulu dalam air suam dalam 15 minit. Kalau nak rendam dalam air biasa, dia ambil masa sikit dalam 1-2 jam. Tapi jangan guna air panas, sebab air panas akan jadikan cendawan korang berubah rasa dan tekstur. Sebaiknya gunakan air biasa.
2. Lepas tu potong ikut saiz yang korang nak dan masukkan je nanti dalam sup atau masakan.
Kalau nak tahu, cara masak cendawan ni sama je macam sayur lain. Boleh nak buat tumis, masukkan dalam masakan lauk lain atau buat macam salad.
Mudah je kan? Lepas ni bolehlah tukar menu salad korang dengan tambah cendawan hitam ni. Manfaatnya pun banyak.
Selamat mencuba!