Kalau dibandingkan dengan tauhu petak tu, rasanya lagi ramai yang sukakan tauhu telur kan?

Sebab teksturnya yang lembut dan lebih manis kalau nak dibandingkan dengan tauhu petak tu.

Tapi tauhu telur ni kelemahan dia satu je. Lembut sangat dan cepat hancur. Kalau tak betul teknik masak, silap silap memang dah tak rupa tauhu dah. Sebab habis hancur berderai dibuatnya.

Sis pun tercarik juga sebenarnya macam mana eh nak masak tauhu telur supaya tak hancur. Google punya Google terjumpa satu sharing dekat group MAHN oleh Puan Nor Azua Amlan.

Kata beliau sebelum masak tauhu telur, salutkan dulu dengan tepung gandum. Lepas tu goreng sekejap then barulah masakkan ikut menu pilihan korang.

Salut nipis. Kredit: Nor Azua Amlan

Dengan salutan tepung gandum tu, tekstur luar tauhu akan terpelihara sebab tepung bila digoreng akan membentuk satu lapisan keras pada tauhu.

Jangan risau, tauhu bila disalut tepung gandum tak akan berubah rasanya. Masih sama.

Kan cantik je kejadian tauhu tu. Kredit: Nor Azua Amlan

Mudah je kan? Nanti bolehlah cuba sendiri.

Terima kasih Puan Azua sebab share tips paling berguna ni.

Cakap pasal tauhu, korang yang suka tauhu mesti suka juga kan tauhu begedil? Nak tengok resepi mudah buat tauhu begedil boleh klik sini.


Sumber dan kredit gambar: Nor Azua Amlan