Kalau korang selalu masak, pastinya korang perasan yang serai makin susah kan nak jumpa. Nak nak musim perayaan. Jenuh keluar masuk kedai semata nak cari serai sebab nak merendang.
Kalau korang nak tahu, nak tanam serai tu tak susah pun. Korang tanam dalam pasu pun serai boleh hidup!
Ni sis senaraikan 3 cara mudah nak tanam serai.
- Potong bahagian bawah serai dan rendamkan dalam air. Bahagian atas, korang boleh masuk dalam masakan.
- Dalam masa berapa hari, akan ada akar baru tumbuh dari bahagian yang korang potong tu. Masa tu baru korang tanam dalam pasu atau dalam tanah.
Senang je kan?
Kalau korang nak tahu, taugeh dengan kangkung pun senang je nak tanam. Baca:
Tanam tauge dalam rumah masa PKP, memang inovatif
‘Rendam Batang, Lepas Tu Cucuk Je’, Ini Cara Tanam Kangkung paling mudah