Siapa suka makan manis mesti jatuh cintalah dengan bomboloni. Rupanya macam donut tapi penuh berisi inti krim, bomboloni memang sedap sangat pekena dengan air teh panas.

Makanan ala-ala orang muda tapi orang tua pun suka tau.

Jadi hari ni sis nak share resepi bomboloni cara Che Nom. Sebab apa sis nak share cara Che Nom, sebab sis geram nampak senang je Che Nom buat.

Sekejap je dah siap. 

Bahan-bahan untuk pastry cream:

  • 2 kuning telur
  • ¼ cawan gula kastor
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 ¼ cawan /310ml susu full cream
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega

Bahan-bahan untuk Coklat cream:

  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan/ 250ml susu full cream
  • 80g dark atau milk coklat kompaun

Bahan-bahan untuk doh bomboloni:

  • 1 cawan / 250ml susu full cream
  • 4 sudu besar sudu besar gula kastor
  • 2 ½ sudu kecil serbuk yis
  • 540g tepung hi-protein atau tepung roti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 5 sudu besar / 70g mentega
  • 1 biji telur saiz B
  • ¼ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung (Che Nom tambah off record)
  • ¼ cawan air (tambah lagi sedikit jika perlu)

Cara penyediaan:

Filling pastry cream:

  1. Asingkan telur kuning & telur putih. Campurkan telur kuning dengan ¼ cawan gula kastor, 1 sudu besar tepung gandum, 3 sudu besar tepung jagung (nak pekatkan pastry cream) & sikit garam. Kacau sebati semua bahan.
  2. 1 ¼ cawan susu full cream panaskan sampai suam. Lepas tu masukkan sikit demi sikit dalam adunan tadi. Lepas tu tambahkan sikit esen vanilla.
  3. Masak adunan atas api kecik. Sambil masak kena gaul sentiasa supaya tak jadi berketul. Bila adunan dah pekat boleh tutup api dan masukkan 2 sudu besar mentega dan kacau sampai adunan jadi licin.
  4. Masukkan dalam piping bag dan sejukkan.

Filling coklat cream:

  1. Masukkan 1 sudu besar serbuk koko (ayak untuk elak berketul), 3 sudu besar tepung jagung, 1 sudu besar mentega, 2 sudu besar susu pekat, 1 cawan susu full cream. Masak atas api sampai jadi pekat. Kena kacau selalu jugak.
  2. Bila dah sebati boleh tutup api then masukkan 80g dark choc. Kacau sampai choc sebati then tuang dalam piping bag.

Doh bomboloni:

Aktifkan yis – 1 cawan susu full cream suam, 4 sudu besar gula, 2 ½ sudu kecik yis segera. Kalau korang rasa yis korang okey tak payah guna cara ni. Boleh terus masuk dalam adunan tepung nanti.

  1. 540g tepung roti (nak lembut guna tepung hi-protein), 1 sudu kecik baking powder, 5 sudu besar butter, 1 biji telur, dan bancuhan yis tadi. Then mix kan guna tangan tak pun pakai mixer.
  2. Masukkan 1 sudu kecik garam (hati-hati jangan kena direct yis) & masukkan ¼ cawan air putih dan uli sampai doh kental (tak melekat).
  1. Griskan mangkuk dengan minyak dan perap doh sampai doh naik dalam 2x ganda dari saiz asal. Bila doh dah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan udara dan uli sekali lagi. 
  2. Timbang doh untuk saiz yang sama then bulatkan doh & letak atas tray sebelum perap/rehatkan doh sekejap.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bila minyak dah panas. Goreng macam biasa. Tips Che Nom jangan alih doh dalam kuali banyak kali nanti doh ‘makan’ minyak. 
  4. Then angkat & salutkan terus dengan snow powder untuk visual yang cantik. Nak guna gula kastor pun boleh. Cuma snow flake nampak cantik sebab bila kena udara dia tetap elok bersalut.
  1. Nak masukkan filling korang boleh gunting je bahagian tengah atas donut lepas tu buat lubang dengan lidi chopstick. Lepas tu isikan donut guna piping beg tadi.

Dah siap! Senang je kan cara Che Nom buat bomboloni ni. Katanya dengan doh 42g, Che Nom kata dia boleh dapat 23 biji bomboloni. Fuh kenyang & puas hati makan tu.

Jadi kalau korang masih cari lagi cemana nak buat bomboloni guna resepi mudah, boleh ikut cara Che Nom.

Tak tahu nak cari bahan yang macam Che Nom guna? Korang pergi jelah TF Value Mart, semuanya ada. Harga pun memang sesuai sangat dengan poket rakyat marhaen kita ni.

Korang jangan lupa cuba tau resepi bomboloni ni dari Che Nom ni. Pasti jadi punyalah walaupun baru first time buat. 

Selamat mencuba!

Sumber dan kredit gambar: Che Nom

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!