Semua orang tahu yang Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah seorang yang sangat suka ke dapur.
Tak kekok memasak, baginda gemar share tentang masakan & tips-tips tentang masakan di laman IG @airtangan_tunkuazizah.
Kalau korang follow IG ni mesti korang perasan yang baginda ada buku resepi bertulis tangan yang diinspirasikan daripada buku resepi yang dimiliki Tengku Ampuan Selangor iaitu Allahyarhamah Tengku Ampuan Rahimah.
Kata Tunku Azizah, buku resepi tu ditulis dengan menggunakan tangan sebab nak dijadikan warisan keluarga legasinya sama macam yang dibuat Tengku Ampuan Rahimah.
Dalam banyak-banyak menu yang ada, netizen paling teruja bila ternampak menu Ayam Masak Yahudi sebab majoritinya memang first time dengar.
Bila ditanya macam mana resepi Ayam Masak Yahudi tu, Tunku Azizah kata rencahnya sebenarnya sama je dengan masak Arab, cumanya tak gunakan tomato dan susu cair dan digantikan dengan kicap.
Korang pernah try tak ayam masak yahudi ni? Kalau pernah share lah dengan sis macam mana rasanya?