Sebelum ini, nama Jung Sung Il tidak berapa terkenal. Tetapi selepas kemunculannya sebagai Ha Do Young dalam drama Netflix terbaharu ‘The Glory’  membuatkan ramai yang cair dengan ketenangannya.

Min percaya, ramai juga yang patah hati bila tahu rupanya ahjuicy korang ni dah kawin kan? Tapi bila mendengar kisah pertemuan beliau bersama isterinya, memang benarlah jodoh mereka gitew.

Jung Sung Il bertemu dengan isterinya selepas beliau menamatkan latihan ketenteraan. Bermula dengan kawan sehinggalah ke pasangan kekasih, mereka kemudiannya terpaksa PJJ disebabkan kekasihnya meneruskan pengajian di Amerika Syarikat dan hanya berhubung melalui emel.

Akan tetapi selepas tiga tahun PJJ, pasangan ini berpisah dan tidak berhubung antara satu sama lain sebelum bertemu semula selepas beberapa tahun kemudian.

Yang tidak beliau tahu, isterinya itu masih berhubung dengan ibunya biarpun ketika itu berada di Amerika Syarikat. Malah sanggup menjaga ibunya yang sakit tanpa diketahui oleh Jung Sung Il sendiri dan kakaknya.

Tak menunggu lama selepas pertemuan di hospital, Jung Sung Il memutuskan untuk berkahwin dengan isterinya 3 bulan kemudian.

3 tahun cinta PJJ, bercinta jarak dekat 3 tahun, berpisah 7 tahun, bersama semula 3 bulan dan berkahwin 7 tahun. Fuh memang kuat betul kan jodoh mereka. Kisah dia sendiri pun dah macam drama dah.