Tak semua orang gemar makan cendawan. Tapi ramai yang cuba dan sukakan rasa cendawan yang lembut dan manis tu. Rasa creamy dia lain macam.
Untuk mereka yang baru nak cuba masak sendiri cendawan dekat rumah, ada beberapa cara atau kaedah mencuci yang boleh anda cuba sebelum masak cendawan untuk pastikan yang ianya betul bersih:
- Boleh letakkan dalam penapis sebelum letakkannya dekat bawah aliran air yang kuat. Buat dekat semua bahagian guna cara yang sama.
- Rendam cendawan sekejap dengan air sebelum mulakan proses pembersihan. Jangan rendam lama sangat, takut manis cendawan hilang. Cukup sekadar nak bagi cendawan basah & kembangkan kawasan yang perlu dibuang.
- Kikis bahagian yang rosak dengan menggunakan pisau. Hati-hati, sebab tekstur cendawan yang agak licin risiko untuk terluka tinggi.
- Atau boleh juga kikis bahagian ‘kotor’ cendawan gunakan sudu. Teknik spooning lebih mudah dan selamat!
- Lap dan gosok perlahan cendawan gunakan kain lembap sebelum cendawan dibelah dua untuk buang serangga daripada batang dia pulak.
Mudah je kan cara pembersihan cendawan ni?
Mungkin kalau nak bandingkan korang beli cendawan dekat pasar raya dengan dekat kedai biasa atau pun tepi jalan, cendawan dekat pasar raya tak perlu sangat beriya dicuci sebab kebanyakannya dah dibersihkan terlebih dahulu.
Apa-apa pun, selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Harvest to Table