Musim-musim bulan puasa ni, ramailah yang mula stock up stok buttercup untuk kegunaan raya nanti. Tak kisahlah buat kuih ke, kek ke, ramai yang pilih buttercup sebab rasa dia lebih sedap berbanding gunakan mentega.
Tapi ramai yang masih lagi tak tahu mentega ni ada 2 jenis – ketul dengan tong dan ramai juga yang masih tak tahu kegunaan tiap satunya dan main taram je guna.
Hari ni meh sini sis nak kabo kat korang beza Buttercup ketul, tin dengan tong supaya korang punya bahan masakan menjadi sebab gunakan mentega yang betul.
Buttercup ketul
Buttercup ketul ni sangatlah sesuai untuk korang gunakan sebagai spread pada roti dan biskut. Kandungan lemak dalam Buttercup ketul ni lagi tinggi buatkan bahan bakeri jadikan produk lebih wangi.
Bila lagi wangi tu memang sedaplah kan nak buat kek. Masa bakar tu bau dia boleh buat meleleh air liur.
Buttercup tong
Buttercup jenis tong ni memang sangat sesuai nak hasilkan biskut dengan kek. Jadi kalau korang memang jenis baking dan buat kuih, bolehlah beli jenis tong ni untuk mudahkan kerja.
Cuma kandungan lemak dalam tong tak setinggi yang blok, jadi bau wangi tu ada cuma kurang sikit.
Jadi kesimpulannya, mana-mana pun sama je. Yang bezakan dia cuma bau kek korang je nanti. Kalau rasa takut terliur sangat masa bulan puasa ni, gunakan jenis tong. Mudah kan?
Sooo, kalau ada plan nak buat kek atau biskut raya, boleh plan untuk beli sekarang. Lama-lama nanti habis pulak.
Selamat mencuba!